CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31958|Reply: 8

Budak 6 tahun sengaja kencing merata dalam rumah

[Copy link]
Post time 17-9-2024 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Hai forumers sekalian.
Aku nak tanya pendapat dan tindakan kalian semua. Hari ini anak saudara aku tertangkap dalam layar cctv kencing dengan sengaja atas sofa rumah mak aku. Well, anak saudara aku ni budak lelaki umur 6 tahun.

Selama 4 minggu dia berada di rumah mak aku a.k.a nenek dia la kan, tak pernah2 dia buat perangai macam ni.  Tiba2 je harini ada perangai macam ni.

Buat masa sekarang ni, hanya aku dan ibubapa aku sahaja yang tahu. Mak bapak anak saudara aku pun tak tahu.

Kenapa ye jadi perangai macam ni? Adakah sebab dia terpengaruh dari contoh mana2 yang dia tengok?

Aku ni lebih kepada rasa kesian berbanding rasa nak marah. Yela, baru umur 6 tahun dah ada habit macam ni. Bila dah besar sikit nanti, entah apa lagi perangai bukan2. Maybe boleh dibentuk lagi kot 6 tahun ni kan.

Kalau forumers sekalian kat tempat aku, what would you do?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak mau pakai pampers sampai ke tua ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Autism kot...


I read somewhere.. budak autism ni nak perhatian parents dgn cara calit2 tahi kat dinding or kencing merata...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:52 PM | Show all posts
dh tiba masa sunat guna batang pisang.. kurangkan sunat laser
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2024 04:36 PM | Show all posts
ninja boy replied at 22-9-2024 05:47 PM
Budak mau pakai pampers sampai ke tua ka

Saya ada tegur sambil bergurau nak pakaikan pampers, tak nak pula budak ni. Lepas brainwash secara ilmiah, nampak lebih cermat dah dia uruskan hal kencing. Harap2 insaf sampai bila2 la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2024 04:39 PM | Show all posts

Normal. Bukan autism. Lepas dah soal siasat dan sesi brainwash, saja perangai malas dia rupanya. Mau nya jadi tak malas sebab bapak dia hari2 tunjuk contoh figura seorang yang pemalas. Waktu malam jadi zombie melalak depan tiktok, siang2 tidur macam ular sawa. Azan zohor baru celik mata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2024 09:39 PM | Show all posts
kesiannya, kalau u sayang anak buah you...you tolongla explain kat dia kenapa salah dan kenapa tak boleh. Entahlah mak bapak zaman ni senang senang dapat anak tak nak didik elok2..i benci betul dgn mak bapak yang amek mudah..tiktok bangang tu jugak dia layan. Moga anak buah you akan improve.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2024 08:40 PM | Show all posts
adila39 replied at 5-10-2024 09:39 PM
kesiannya, kalau u sayang anak buah you...you tolongla explain kat dia kenapa salah dan kenapa tak b ...

Saya nasihat mana yang termampu sahaja. Lebih2 nasihat nanti ingat saya nak mandai2 nak ajar anak orang pula. Anak saudara sekalipun tetap anak orang juga. Lagipun saya tak ceritakan pun pada adik saya tentang anak dia. Kasihan pula nanti kena marah gila gila. Biarlah anak buah saya tu kantoi sendiri dengan ibubapa dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 10:59 AM | Show all posts
Butterfly41 replied at 28-9-2024 04:39 PM
Normal. Bukan autism. Lepas dah soal siasat dan sesi brainwash, saja perangai malas dia rupanya. M ...

kena pakai talipinggang tu libas belakang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.060105 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list