CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55536|Reply: 0

[Perlis] 'Mama sendiri hantar dia ke kereta, tahu-tahu dia sudah tiada'

[Copy link]
Post time 13-9-2024 10:42 AM | Show all posts |Read mode
'Mama sendiri hantar dia ke kereta, tahu-tahu dia sudah tiada'


Aizat Sharif[email protected]






ELLY IDZLIANIZAR Elias.





Kangar: "Dia cakap dengan mama yang dia hendak keluar pergi ke kedai dan dia siap salam dan cium tangan mama dan mama hantar dia sampai ke kereta dia, sebelum mama tutup pagar.

"Tetapi selepas itu mama terima panggil daripada adik dia mengatakan bahawa dia sudah tiada". Itu luahan Fadzilah Bakar, 61, ibu kepada bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara,Elly Idzlianizar Elias, 40, selepas anaknya itu meninggal dunia dalam kejadian tetakan di sini, malam Selasa lalu.

Peniaga makanan yang membahasakan dirinya sebagai mama itu berkata, dia tidak menyangka itu detik terakhir pertemuan dengan anak sulungnya yang dipanggil Elly itu.

"Memang mama terkejut dengan pemergian Elly kerana sebelum kejadian itu, dia dengan hanya pakai singlet dengan seluar tidur.

"Dia cakap yang dia nak pergi ke kedai dan masa itu juga, dia baru selesai solat Isyak dan kelazimannya dia akan bawa anak dia, Lola, bersama-sama.

"Namun, kali ini, dia tak bawa pula (Lola) dan masa dia hendak keluar itu juga, dia hendak menggunakan Proton Wira mama punya, tetapi selepas itu dia mengubah fikiran dan menggunakan Proton Iriz milik dia, jadi mama teman dia sampai ke kereta.

"Jadi, kami tunggulah dia kembali semula kerana lazimnya dia hanya akan ke kedai serbaneka di Taman Sena Indah dan tak jauh pun dari taman ini.

"Namun, dia tak pulang sampai lewat malam sehingga mama menerima panggilan daripada adik dia (Elly Idzliaikmal Elias) yang Elly meninggal dunia kerana ditetak oleh beberapa orang.

"Hati mama hancur mendengar berita itu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Fauziah, di sini, hari ini.

Fadzilah berkata, dia terus ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk melihat jenazah Elly namun tidak dibenarkan oleh polis bertugas, dan anaknya itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.

Menurutnya, Elly mempunyai lima anak berusia empat hingga 16 tahun hasil dua perkahwinan terdahulu, dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anaknya itu mengambil keputusan untuk tinggal bersamanya di Taman Fauziah di sini.

"Selepas Elly menamatkan karier Cub Prix dia sekitar 2017 dahulu, dia duduk di Flat Sena, Kangar dan pelbagai kerja dia buat termasuk berniaga ayam gunting, menulis buku dan ada kala menerima jemputan daripada stesen televisyen untuk menjadi pengulas bersama dalam penyiaran Cub Prix.

"Selain itu juga, dia ada juga membuat kerja kejurulatihan dalam mencari bakat Cub Prix di Perlis ini dan pendek kata, dia seorang yang rajin dan pelbagai kerja dia buat untuk mencari sesuap nasi dalam menyara anak dia," katanya.



Disiarkan pada: September 13, 2024 @ 10:10am

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1133448/mama-sendiri-hantar-dia-ke-kereta-tahu-tahu-dia-sudah-tiada





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069373 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list