CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16035|Reply: 0

[Kedah] 'Saya rindu kawan, cikgu di sekolah'

[Copy link]
Post time 11-9-2024 04:28 PM | Show all posts |Read mode
'Saya rindu kawan, cikgu di sekolah'


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







MUHAMMAD Firdaus (kiri) mengulang kaji pelajaran sambil dibantu ibunya, Habibah. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Kuala Kedah: Dahulunya, Muhammad Firdaus Ibrahim, 16, seorang pelajar yang aktif di sekolah namun segalanya berubah selepas dia disahkan menghidap leukemia tahap empat.

Berikutan itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, di sini terpaksa menangguhkan persekolahannya selama setahun untuk menumpukan rawatannya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Katanya, sejak menghidap penyakit itu, dia hanya mampu berehat di rumah selain berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan kemoterapi.

"Saya tak sangka akan diuji sebegini kerana sebelum ini saya aktif sukan di sekolah tetapi saya reda dengan ujian ini.

"Saya rindukan kawan dan cikgu di sekolah tetapi dalam masa sama, saya perlu berehat kerana rawatan penyakit ini sangat panjang," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pengerusi Cancer Survivors Malaysia Zuraini Kamal di rumahnya di Kampung Tepi Laut, di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Firdaus, dia dikesan menghidap leukemia selepas terdapat benjolan di belah kanan dan kiri lehernya selain demam yang kerap.

Katanya, dia kemudian menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kuala Kedah sebelum diminta menjalani rawatan lanjut di HSB dan kemudian dirujuk ke Hospital Lama Alor Setar.

"Selepas sampel darah diambil, doktor mengesahkan saya menghidap leukemia tahap empat dan perlu menjalani sembilan pusingan kemoterapi.

"Sepanjang dalam wad atau ada masa terluang di rumah, saya akan mengulang kaji pelajaran walaupun ketinggalan jauh dari rakan sekelas yang lain," katanya.

Muhammad Firdaus berkata, sepanjang berada di wad, dia ditemani adiknya, Nur Asyikin, 13, memandangkan ibu mereka Habibah Haron, 38, terpaksa menjaga adik bongsu mereka, Muhammad Akil Hakimi Mohd Khairul Annuar, 4, di rumah.

Katanya, ibunya hanya berniaga kecil-kecilan di hadapan rumah untuk menyara kehidupan keluarga selepas dua kali berpisah dengan suami termasuklah bapanya.

"Wang hasil jualan itulah digunakan untuk menyara kami sekeluarga serta membayar bil elektrik dan air.

"Saya juga mendapat bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan wang itulah saya gunakan untuk kos berulang alik ke hospital," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian melalui nombor akaun Habibah Haron 0210841000083114 (Bank Simpanan Nasional).



Disiarkan pada: September 11, 2024 @ 3:38pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1132895/saya-rindu-kawan-cikgu-di-sekolah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.033431 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list