View: 39416|Reply: 16
|
Tiada Job Lepas Berhijab, Angeline Tan Percaya Rezeki - “Jika Dahulu Saya Banyak Berlakon Watak Berbangsa Cina"
[Copy link]
|
|
Pelakon Angeline Tan mendedahkan dia tidak menerima tawaran berlakon sejak bertudung hampir setahun lalu serta menganggap ianya sebagai ujian buat dirinya.
Memetik Media Hiburan, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah berkata merasakan ketika ini mungkin belum ada watak yang sesuai dengan imejnya yang sudah berhijab dan seorang mualaf.
“Saya memang kurang menerima tawaran berlakon selepas bertudung. Issey Fazlisham panggil saya berlakon di dalam drama Perang Nasi Dagang pun kerana suami saya.
“Jadi, untuk tawaran serius berlakon memang belum ada lagi. Saya masih nak berlakon. Mungkin agak susah untuk mereka cari watak sesuai untuk saya.
“Jika dahulu saya banyak berlakon watak berbangsa Cina tapi kini kalau saya berlakon, satu keluarga perlu jadi Cina Muslim,” katanya.
Sementara itu, Angeline berkata waktu luang ini boleh dimanfaatkan untuk mendalami ilmu agama serta mengakui janggal kerana dia sudah biasa sibuk bekerja.
“Bila tiada tawaran memang pelik sedikit tapi saya okay sahaja. Sebagai contoh, TV Al Hijrah tiba-tiba buat rancangan tv untuk saya. Saya anggap mungkin inilah masanya untuk saya belajar perkara baharu. Kalau sibuk, agak susah saya nak pergi kursus.
“Bulan Julai lalu, saya sepatut ada kursus agama dengan MAWIP tapi disebabkan program ini, saya terpaksa tangguh dan tunggu intake baharu,” katanya.
Sumber – Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kan dia selalu berlakon dalam cerita Cina. paling suka dia berlakon drama Baba Nyonya kat tv Singapore. sekarang dah pakai tudung, susah sikitla gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah dia ni bila ckp melayu masih kuat slang cina tu.jadi watak terhad la.mungkin watak mak2 jela..mak mualaf? |
|
|
|
|
|
|
|
sheols ni antara cina yg cantik dan bukan jenis muka cina bukit. dah berumur pun cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 10-9-2024 05:23 PM
sheols ni antara cina yg cantik dan bukan jenis muka cina bukit. dah berumur pun cantik..
Kan, makeup nipis2 je pun lawa.. nampak bersih je muka dalam gambar atas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya. Muka dia x mcm muka wanita cina yg biasanya aku lihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Jia you, kaka. Kalau Mandy Chong yang belum revert pun dah 2 drama mandarin tv2 i tgk dia berlakon jadi reverts siap pakai tudung lagi, apatah lagi kaka yang cantik dah revert.
Kalau chinese production house tak amek kaka, yang malay punya ada. Sama macam kaka cakap, tunggu rezeki sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah ada nnt tu watak yg sesuai maybe betul gak salah satu sbb dia pelat cina
Tak sefasih liz tan, nancy foo bagai tu so terhad le watak. Balik2 kena jd cina gak.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ingatkan yg drama x-change tu baru shooting
papepun suka tgk aunty ni..gigih follow igs dia semata nak tgk |
|
|
|
|
|
|
|
fanaz82: dulu kan dia selalu berlakon dalam cerita Cina. paling suka dia berlakon drama Baba Nyonya kat tv Singapore. sekarang dah pakai tudung, susah sikitla ...
dia jadi ibu ayam atau bini tauke gangster mmg sesuai.
bila dah mualaf ni tak boleh watak gitu .
sama macam adam corie. dia dah mualaf pun i masih terbayang2
dia punya muka gangster tu
|
|
|
|
|
|
|
|
xpe la, maybe bagi peluang utk ada masa ikuti kursus agama. Ramai Muslim artid yg terima banyak job pun ada konar menyimpang dari agama... |
|
|
|
|
|
|
|
aku teringin nak tengok dia jadi mak datin dlm kisah anak papa mengah holding pepetang tu.. tok sabri yunus pun boleh je jadi business tycoon character.. org lama ni berlakon elok tak kejung |
|
|
|
|
|
|
|
kerja belakang tabir pun okey apa... iols suka tengok filem butak arahan laki sheols...
such a good film! |
|
|
|
|
|
|
|
kemas je dia pakai tudung. suka tgk dia berlakon |
|
|
|
|
|
|
| |
|