CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38354|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sijil halal julang nama Malaysia di peringkat antarabangsa

[Copy link]
Post time 10-9-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 10-9-2024 04:38 PM

Sijil halal julang nama Malaysia di peringkat antarabangsa

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

10 September 2024 03:44pm




konsep pensijilan halal adalah suatu keperluan penting yang memastikan standard kebersihan, keselamatan makanan, dan kepatuhan syariah dipenuhi. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad)




GEORGE TOWN - Pensijilan Halal Malaysia telah menjulang nama baik negara di persada antarabangsa dengan pensijilan yang unggul lagi berintegriti.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abduk Hamid berkata, konsep pensijilan halal adalah suatu keperluan penting yang memastikan standard kebersihan, keselamatan makanan, dan kepatuhan syariah dipenuhi.



Menurutnya, bukan sahaja untuk umat Islam malah pengguna bukan Islam juga semakin menyedari kualiti yang diiktiraf melalui proses pensijilan ini.

"Kesedaran terhadap kepentingan pensijilan halal ini telah dibuktikan dengan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Pulau Pinang pada Januari 2024 hingga Jun 2024 dikuasai 76 peratus oleh syarikat bukan Muslim (bukan bumiputra dan milikan asing) dan 24 peratus SPHM oleh syarikat muslim.


"Data ini menunjukkan bahawa peniaga bukan bumiputera mencatatkan peratusan yang lebih tinggi bagi permohonan sijil halal berbanding peratusan peniaga bumiputera.

"Hal ini membuktikan pensijilan halal Malaysia diyakini semua pihak tanpa mengira latar agama mahupun bangsa," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Selasa.


Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, bagi terus menggalakkan permohonan pensijilan halal ini, prosesnya juga telah dipercepatkan bagi Pulau Pinang daripada 90 hari kepada 30 hari bekerja mulai November 2023.

Beliau berkata, pengusaha yang mendapat pensijilan halal mempunyai kelebihan yang kompetitif dan dipercayai oleh pelbagai lapisan masyarakat.




"Berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy (SGIE) 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023.

"Jika dilihat dari sudut ekonomi, industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada AS$113.2 bilion pada 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, masyarakat diseru untuk terus menyokong usaha dan komitmen JAKIM dalam meningkatkan lagi penyertaan syarikat-syarikat terhadap


https://www.sinarharian.com.my/article/684905/edisi/utara/sijil-halal-julang-nama-malaysia-di-peringkat-antarabangsa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.046765 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list