CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40609|Reply: 0

[Pulau Pinang] JAKS Resources jual 13 bidang tanah di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 9-9-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode
JAKS Resources jual 13 bidang tanah di Pulau Pinang


Oleh BERNAMA - September 9, 2024 @ 9:38pm






JAKS Resources Bhd.




KUALA LUMPUR: JAKS Solar Power Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh JAKS Resources Bhd (JRB) memeterai dua perjanjian jual beli berasingan untuk melupuskan 13 bidang tanah pegangan bebas di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, pada harga RM77.74 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, JRB berkata JAKS Solar Power akan melupuskan sejumlah 72.23 hektar tanah kepada Summersonic Sdn Bhd (SSB) dan Pacific Arena Sdn Bhd (PASB).

Menurut kumpulan itu, empat bidang tanah pegangan bebas akan dijual kepada PASB dengan harga RM35.94 juta, manakala baki sembilan bidang akan dijual kepada SSB dengan harga RM41.80 juta.

"Cadangan pelupusan itu, dijangka selesai pada suku ketiga 2025, akan membolehkan JRB dan kumpulan syarikatnya merealisasikan nilai hartanah ini dan menjana dana.

"Ini akan menghasilkan keuntungan bersih bagi kumpulan, meningkatkan kedua-dua prestasi kewangan dan kedudukannya," kata kumpulan itu.

JRB menambah, hasil daripada cadangan pelupusan itu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman dan untuk tujuan modal kerja.
-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/09/1296295/jaks-resources-jual-13-bidang-tanah-di-pulau-pinang






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.198920 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list