CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55478|Reply: 0

[Kedah] Kedah kaji keberkesanan Empangan Sabo Titi Hayun, elak banjir kilat

[Copy link]
Post time 8-9-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Kedah kaji keberkesanan Empangan Sabo Titi Hayun, elak banjir kilat


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - September 8, 2024 @ 2:58pm [email protected]







Projek pembinaan Empangan Sabo di Titi Hayun siap sepenuhnya akhir Julai lalu. - Foto fail BERNAMA





SUNGAI PETANI: Keberkesanan Empangan Sabo di Sungai Titi Hayun, Yan, berkemungkinan perlu dikaji semula selepas infrastruktur itu dilihat tidak mampu menampung aliran deras air dari Gunung Jerai yang menyebabkan banjir kilat semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata tragedi bencana aliran puing yang berlaku di kawasan itu pada 2021 telah merubah bentuk muka bumi kawasan berkenaan sehingga Sungai Titi Hayun menjadi terlalu cetek.

Jelasnya, agensi teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Mineral dan Geologi (JMG) diminta meninjau semula kawasan terbabit bagi melihat kaedah baharu untuk mengelak bencana kembali berulang.

"Selepas Empangan Sabo Titi Hayun siap, semalam baru hujan dengan air sebanyak itu. Mungkin selepas ini JPS boleh kaji balik, mungkin ada model lain, rekaan lain atau ada penambahbaikan kepada empangan itu. Mungkin tak cukup satu Empangan Sabo, kena buat dua.

"Kerana apabila kepala air datang dulu (pada 2021), sungai itu menjadi cetek. Batu terhimpun di dasar sungai menyebabkan sungai terangkat, Empangan Sabo mungkin tak mampu atasi itu. Mungkin kena ada kerja pendalaman lagi untuk keluarkan semua batu itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Festival Insan Sejahtera 2024 di Masjid Tunku Sallehuddin, Bandar Puteri Jaya di sini, hari ini.

Hadir sama EXCO Pembangunan Luar Bandar, Datuk Siti Aishah Ghazali dan EXCO Industri dan Pelaburan, Dr Haim Hilman Abdullah.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata penduduk yang terjejas di beberapa kawasan akibat banjir kilat semalam, diharap bersabar sementara kajian baharu di kawasan kerap berlaku bencana berkenaan dilaksanakan pihak berkuasa.

Katanya, susulan kejadian banjir yang kerap berlaku beberapa tahun lalu, banyak langkah yang dicadangkan pihak berkenaan sudah dilaksanakan kerajaan negeri bagi mengurangkan impak bencana kepada penduduk.

"Macam di Yan sudah ada Empangan Sabo, tapi air masih lalu laluan yang sama. Fenomena lepas perubahan iklim ini bagi kita senario baru. Ada kawasan air tak pernah naik, tiba-tiba naik, ada musim kering, tiba-tiba hujan selebatnya.

"Gunung Jerai tidak pernah memuntahkan air sebanyak itu, tapi ada sekarang. Ini kerana ia adalah fenomena yang akan berlarutan sejak kita mula hadapi pada 2021, kita sudah ambil langkah pencegahan seperti bina Empangan Sabo," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, limpahan air deras dari Gunung Jerai di kawasan Sungai Titi Hayun dan Seri Perigi menyebabkan sungai itu melimpah sehingga menyebabkan banjir kilat di empat kampung iaitu Seberang Pekan Yan, Raga, Ruat dan Titi Bakong.

Bagaimanapun, tiada kerosakan teruk dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan dengan air surut kira-kira jam 9 malam tadi.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1295734/kedah-kaji-keberkesanan-empangan-sabo-titi-hayun-elak-banjir-kilat






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.033690 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list