CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97299|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hujan bukan penghalang semarak patriotik bersama 'Abang Bomba'

[Copy link]
Post time 7-9-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Hujan bukan penghalang semarak patriotik bersama 'Abang Bomba'


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, di sini yang disertai seramai 200 individu terdiri daripada anak yatim, murid tabika dan komuniti. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





Georgetown: Hujan lebat tidak menghilangkan semangat lebih 200 kanak-kanak dan orang awam bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama 'Abang Bomba' di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Bekas Komuniti 1 Malaysia Jalan Makloom berkenaan turut diadakan demonstrasi tata cara menyelamat menggunakan tali di bangunan tinggi dengan membawa Jalur Gemilang.

Ketua Balai, A'azelan Hassan berkata sambutan berkenaan menjadi acara tahunan balai berkenaan bagi bersama-sama memupuk semangat patriotik dalam kalangan komuniti setempat.

Menurutnya, turut menggembirakan apabila penyertaan tahun ini bertambah berbanding 100 peserta pada tahun lalu.

"Tujuan kita bukan sahaja bagi menyemarakkan perpaduan dalam kalangan komuniti tetapi juga mahu generasi pewaris faham mengenai objektif sambutan ini.

"Menerusi program ini, kita turut meraikan seramai 100 penghuni Wisma Yatim Pulau Pinang dan 50 kanak-kanak Tabika Kemas Jalan Perak serta komuniti dari Jalan Makloom," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Bekas Komuniti 1 Malaysia Jalan Makloom Mohd Farouk SK Mohd.

Turut diadakan ialah lafaz Rukun Negara, aktiviti zumba dan nyanyian lagu patriotik.

Menurut A'azelan, BBP Jalan Perak yang ditubuhkan pada tahun 1964 adalah antara balai bomba yang istimewa, terletak dalam komuniti berbilang bangsa.

"Balai bomba ini juga istimewa kerana pernah 'melahirkan' dua ketua balai yang menjadi Ketua Pengarah Bomba Pulau Pinang," katanya.



Disiarkan pada: September 7, 2024 @ 4:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1131484/hujan-bukan-penghalang-semarak-patriotik-bersama-abang-bomba





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.082451 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list