CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96427|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kon Yeow terus fokus agenda kerajaan negeri, tak peduli pengkritik

[Copy link]
Post time 7-9-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Kon Yeow terus fokus agenda kerajaan negeri, tak peduli pengkritik


BERNAMA - September 7, 2024 @ 3:19pm






Chow Kon Yeow. - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berikrar akan terus memberikan fokus terhadap agenda pembangunan negeri itu dengan melaksanakan program dan projek yang dirancang walaupun ada pihak melabelnya sebagai 'lame-duck' susulan keputusan tidak mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang.

Kon Yeow berkata walaupun tanpa jawatan Pengerusi DAP negeri selepas ini, beliau tetap akan melaksanakan kewajipannya sebagai Ketua Menteri, kerana terdapat banyak projek kerajaan negeri masih di peringkat permulaan dan menunggu kelulusan, termasuk projek di bawah visi Penang 2030 serta Manifesto 2023 Pulau Pinang yang perlu ditunaikan.

"Ada kenyataan bahawa dengan tak ada jawatan pengerusi negeri, saya akan seolah-olah menjadi Ketua Menteri 'lame-duck' (lemah). Lame-duck ini adalah konsep sistem di Amerika Syarikat apabila ada dua kumpulan politik yang besar, selalu melibatkan pengundian di dalam kongres dan sebagainya.

"Namun dalam konteks Pulau Pinang, kerajaan adalah sayap eksekutif yang teruskan dengan pelaksanaan dan jarang sekali ada keperluan untuk mendapat sokongan legislature," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Advanced Technology Equipment Cluster (ATEC) yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong di sini hari ini.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu menegaskan tindakan pihak-pihak berkenaan juga tidak akan menghalang jentera kerajaan negeri di bawah pimpinannya untuk melaksanakan semua inisiatif termasuk projek persekutuan yang dirancang untuk Pulau Mutiara itu.

Rabu lalu, Kon Yeow mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti pada Konvensyen Biasa DAP di Spice Arena, Bayan Lepas 22 September ini.

Kon Yeow yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang kelima, mengambil alih tampuk kepimpinan tertinggi negeri itu pada 2018, sebelum mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua pada 13 Ogos tahun lalu. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1295332/kon-yeow-terus-fokus-agenda-kerajaan-negeri-tak-peduli-pengkritik






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.031030 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list