CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57147|Reply: 1

[Kedah] Masuk 'Ironman' tapi bawa kurta, 29 warga Pakistan dihantar pulang

[Copy link]
Post time 6-9-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Masuk 'Ironman' tapi bawa kurta, 29 warga Pakistan dihantar pulang


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







SEBAHAGIAN daripada 29 warga Pakistan yang dihantar pulang ke negara asal selepas masuk ke negara ini mencurigakan. FOTO Ihsan JIM.





Langkawi: Sekumpulan warga Pakistan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), Rabu lalu mengundang curiga menyebabkan mereka ditahan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah untuk tindakan lanjut.

Mereka mendakwa datang ke sini untuk menyertai sebuah program sukan namun pemeriksaan JIM mendapati mereka hanya membawa pakaian kurta dalam beg masing-masing.

Berikutan itu, JIM Kedah menolak kemasukan 29 warga Pakistan terbabit yang terdiri daripada 28 lelaki dan seorang wanita sebaik tiba di kaunter lapangan terbang terbabit kerana mengesyaki sesuatu mencurigakan.

Pengarah JIM Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, kesemua kumpulan ini berasal dari kawasan pedalaman Pakistan dan tiba dengan sebuah pesawat Rabu lalu dipercayai datang ke Langkawi untuk menyertai program larian (Tuba Cross Country Run) di Pulau Tuba, Langkawi yang dijangka berlangsung esok.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan soal siasat mendapati, kumpulan ini membelanjakan hampir RM2,000 untuk kos penerbangan dan perbelanjaan lain, tetapi yang menarik perhatian adalah yuran penyertaan cuma RM45 dan hadiah utamanya adalah RM300.

"Kumpulan ini berpakaian sukan tetapi hanya membawa kurta dalam beg masing-masing tanpa persalinan pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian untuk acara terbabit.

"Adakah ini strategi untuk menyembunyikan motif sebenar mereka datang ke sini dan mengapa tidak dibawa pakaian yang bersesuaian, "katanya di sini hari ini.

Mohd Ridzzuan berkata, modus operandi kemasukan kumpulan ini adalah dengan menempah bilik di sebuah hotel bajet di Langkawi dan membeli tiket pulang ke Dubai sehari selepas acara yang boleh menimbulkan beberapa persoalan kerana sepatutnya mereka perlu meninggalkan Malaysia segera selepas acara berakhir.

Beliau berkata, kebiasaannya kebanyakan peserta yang menyertai sebarang program yang diadakan di Pulau Lagenda ini akan mengambil kesempatan untuk melancong dan meneroka lokasi-lokasi menarik di sini sebelum kembali ke negara masing-masing.

"Penganjur acara program larian sukan di Pulau Tuba itu turut mengesahkan tiada peserta asing lain yang mendaftar selain kumpulan ini.

"Disebabkan niat dan motif yang tidak munasabah ini, pegawai Imigresen di kaunter memutuskan untuk menolak kemasukan mereka di bawah Seksyen 8(3)(c) kerana disyaki bukan pelancong sebenar.

"Keputusan ini diambil untuk memastikan keselamatan dan integriti acara serta negara," katanya.

Berikutan itu Mohd Ridzzuan berkata, semua 29 warganegara Pakistan itu sudah dihantar pulang ke negara asal selepas diberikan notis penolakan masuk.

JIM Kedah tidak akan berkompromi dengan kemasukan pelawat yang tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini dan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).



Disiarkan pada: September 6, 2024 @ 11:17am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1131012/masuk-ironman-tapi-bawa-kurta-29-warga-pakistan-dihantar-pulang





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 11:58 AM | Show all posts
Dari pendalaman Pakistan datang malezia duduk hotel budget next day beli ticket to Dubai.

Mungkin agent buat silap sepatutnya masuk airport ada special counter setting.

Tahniah kepada anggota JIM yang menjalankan tugas dengan telus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.251040 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list