CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42931|Reply: 1

[Pulau Pinang] JIM bongkar kedai runcit gaji warga asing guna permit pekerja industri

[Copy link]
Post time 6-9-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode
JIM bongkar kedai runcit gaji warga asing guna permit pekerja industri

06 September 2024 08:53am




Antara warga asing yang ditahan dalam operasi yang dilakukan di Lebuh Sungai Pinang dan Minden Height, Gelugor pada Khamis. Foto Facebook JIM Pulau Pinang




GEORGE TOWN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang membongkar kegiatan pengusaha kedai runcit menggajikan warga asing yang memiliki permit sebagai pekerja industri, dalam serbuan ke tiga premis perniagaan di sini pada Khamis.

Dalam operasi itu, JIM memaklumkan sebanyak 13 pekerja diperiksa dan sembilan pekerja warga asing ditahan kerana disyaki melanggar syarat-syarat pas dalam operasi yang dilakukan di Lebuh Sungai Pinang dan Minden Height, Gelugor.



"Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki Bangladesh dan masing-masing seorang lelaki Myanmar dan Nepal berumur antara 25 hingga 40 tahun.

]
IM Pulau Pinang membongkar kegiatan pengusaha kedai runcit menggajikan warga asing yang memiliki permit sebagai pekerja industri, dalam serbuan ke tiga premis perniagaan di sini pada Khamis. Foto Facebook JIM Pulau Pinang




"Kesemua warga asing terbabit sepatutnya masuk ke sini untuk bekerja dalam sektor perkilangan, namun berdasarkan aduan dan risikan yang dilakukan, mereka disyaki bekerja di kedai runcit,” menurut JIM dalam hantaran menerusi Facebook.


Ketika pemeriksaan dilakukan, pemilik perniagaan didapati tiada dan premis berkenaan dikendalikan pekerja asing.

JIM menjelaskan kesemua tangkapan ditahan untuk siasatan manakala majikan dan pemilik premis akan dikenakan tindakan undang-undang. - Bernama




]
Anggota JIM Pulau Pinang memeriksa kedai runcit yang menggajikan warga asing. Foto Facebook JIM Pulau Pinang


https://www.sinarharian.com.my/article/684154/berita/semasa/jim-bongkar-kedai-runcit-gaji-warga-asing-guna-permit-pekerja-industri





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2024 12:41 PM | Show all posts
"Ketika pemeriksaan dilakukan, pemilik perniagaan didapati tiada dan premis berkenaan dikendalikan pekerja asing."

Alibaba la tu - haruslah pemilik kedai/lesen tiada di sutu. Dari counter duit sampai semua pekerja pun abangla yang ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.060841 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list