View: 21822|Reply: 1
|
Membuka Aib Rumah Tangga, Ustaz Kata Sepatutnya Bawa Ke Mahkamah Sebagai Bahan Bukti!
[Copy link]
|
|
Media sosial kini tidak lagi hanya digunakan untuk mencari kenalan atau bersosial di alam maya sahaja. Sebaliknya ia sudah digunakan untuk pelbagai perkara seperti berniaga dan macam-macam lagi.
Ada yang menggunakannya untuk perkara yang baik dan ada juga bertindak menyalah gunakan platform tersebut sehingga menyebarkan aib sendiri termasuk berkongsi masalah rumah tangga.
Lebih parah, video dan ‘live’ tersebut turut ditonton oleh ribuan pengguna media sosial lain.
Perbuatan muat naik video perceraian buka aib rumah tangga
Terbaharu Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah dan juga Timbalan Dekan Industri, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Mohd Izhar Ariff menyatakan perbuatan itu dilihat hanya membuka aib rumah tangga.
Ujarnya, video penceraian sepatutnya menjadi bahan untuk dibawa ke mahkamah sebagai bahan yang boleh digunakan untuk menuntut hak sebagai isteri.
Selain itu, ia juga bertujuan agar hak isteri tidak dinafikan atau difitnah oleh suami, bekas suami serta keluarga mentua.
“Saya bersetuju untuk golongan isteri mendapatkan hak mereka dengan merakamkan video ataupun suara, tetapi saya tidak bersetuju untuk dibuat secara langsung atau muat naik rakaman itu di media sosial.
“Perkara itu hanya akan membuka keaiban rumah tangga itu.
“Oleh kerana itu, saya nasihatkan orang awam terutama suami dan isteri, kalau terdapat apa saja bukti, ia bukan disiarkan dan dimuat naik di laman sosial. Tetapi bahan itu digunakan untuk diberi kepada peguam dan mahkamah bagi membela hak mereka.
“Perkara ini penting bagi memastikan mereka ini tidak dinafikan hak, tak difitnah oleh suami atau bekas suami atau keluarga suami. Dalam erti kata lain, kena bijak dalam kita membuat apa-apa keputusan,” ujarnya, dipetik Harian Metro.
Kongsi perceraian menerusi video sudah jadi trend
Katanya perceraian yang dipaparkan menerusi media sosial ini dilihat sudah menjadi sebagai satu trend.
“Akhir-akhir ini memang betul saya melihat bahawa trend menceraikan isteri secara langsung atau rakaman semakin meluas dalam kalangan masyarakat.
“Kita faham bahawa perempuan ataupun isteri ingin merakam bertujuan untuk menjadikan ia bukti bahawa mereka sudah diceraikan.
“Ini kerana, ada dalam kalangan masyarakat kita, khususnya orang lelaki, yang mereka ini lafaz cerai kemudian nafikan. Bagi mereka tidak ada saksi, tidak ada orang yang tengok kecuali isteri.
“Jadi, mereka beranggapan bahawa hanya seorang isteri yang mendengar mereka boleh menafikan. Malah boleh mengatakan bahawa mereka tidak menceraikan isteri serta pelbagai alasan lain,” jelasnya lagi.
Oleh itu, ramai wanita pada hari ini ingin menjaga serta mendapatkan hak mereka dengan cara merakam video, suara dan sebagainya untuk dijadikan sebagai bukti di mahkamah bahawa mereka telah diceraikan oleh suami.
Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan seorang peniaga kosmetik yang diceraikan oleh suaminya semasa sedang membuat live di TikTok.
Selain peniaga itu, terbaharu penyanyi Datuk Nora Ariffin juga memuat naik video suaminya melafazkan cerai di Instagram. |
|
|
|
|
|
|
|
i suka prof izhar ni...encem jgk hehe..
nth la skrg ni semua nk kena bgtau kt live
lgpun kan bgs jgk la heboh kt live..so that yg mana tgh berkenalan ngn jantan pendek keparat tu untuk angkt kaki..
tp i bnci la tt dimonopoli oleh sskjp ke apa..kjp2 keluar live deyols..muka cantik tp bila mulut so darat
serius i jujurin ni tau..tlg la stop buat live memalam..annoying |
|
|
|
|
|
|
| |
|