Edited by maklukpenggoda at 7-11-2024 04:06 PM
Update:
BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada diminta hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi perbicaraan kes pukul melibatkan dirinya.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memerintahkan perkara tersebut untuk perbicaraan kes berkenaan yang ditetapkan pada 20 Januari 2025.
Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya iaitu Eirene Nabila Amani Williams Hunt memberitahu perbicaraan kes tersebut diteruskan selepas permohonan representasi dibuat tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) ditolak.
Susulan itu, peguam Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berharap Shuhada sebagai pengadu akan hadir pada perbicaraan itu nanti agar kes dapat diselesaikan dengan segera.
https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2024/10/14/kes-pukul-bekas-isteri-hafidz-roshdi-diteruskan-hakim-perintah-nurul-shuhada-hadir-perbicaraan
Nurul Shuhada juga tidak hadir ke mahkamah untuk prosiding hari ini, dipercayai kini berada di Australia.
KUALA KUBU BHARU: Mahkamah Majistret, di sini, menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula surat representasi berhubung penarikan balik kes pelakon Hafidz Roshdi atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Mac lalu.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Hafidz Roshdi, 30, memberitahu, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan ketika sebutan semula di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib, pagi tadi.
Akberdin berkata, pihaknya terkejut mendapat arahan kes diteruskan dengan perbicaraan.
"Mahkamah mengarahkan meneruskan kes, jadi saya beritahu Hakim yang kami terima laporan penarikan laporan polis daripada peguam Nurul Shuhada. Perkara ini dibuat dengan tertib.
Kami terperanjat kes diarahkan diteruskan, tapi kami memang tidak buat surat selepas penarikan laporan.
"Jadi, sekarang saya akan buat surat secara rasmi dan lampirkan laporan memberitahu apa yang berlaku mengenai persetujuan sudah dicapai oleh kedua-dua pihak secara baik. Sebab kes sepatutnya sudah selesai secara global.
"Nurul Shuhada sudah menyatakan dia buat penarikan tanpa paksaan dan secara sukarela. Jadi, bila pengadu sudah katakan begitu, kenapa kami kena teruskan?
"Saya beritahu Hakim mungkin saya kena tulis surat secara rasmi pada pihak pendakwaan beritahu apa yang sudah berlaku dan kami akan tunggu jawapan. Hakim bersetuju dan menetapkan tarikh sebutan pada 14 Oktober depan sementara menunggu representasi yang saya akan buat," katanya yang ditemui BH Online selepas prosiding, pagi tadi.
Akberdin berkata, pada tarikh itu juga akan dimaklumkan keputusan kepada representasi yang dibuat.
Katanya, ia adalah tugasnya untuk menulis dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai dan semua isu diselesaikan secara baik.
"Jadi, ia tidak adil kepada klien saya untuk teruskan. Memang Nurul Shuhada sudah cakap pada polis bahawa dia memang nak tarik balik, tiada paksaan dan ugutan," katanya.
Bagaimanapun, Hafidz enggan memberikan sebarang jawapan terhadap soalan yang diajukan oleh pihak media.
"No comment (tiada komen)," katanya yang kelihatan sugul.
Ditanya mengapa Nurul Shuhada memilih menarik balik laporan polis, Akberdin untuk menjawab mewakili Hafidz.
Katanya, ia atas persetujuan bersama dan bersifat peribadi.
"Memang persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak sudah setuju untuk menyatakan ia sebagai 'private and confidential', jadi sebab itulah mungkin Hafidz tidak mahu kongsi kepada orang lain.
"Apa yang penting, laporan penarikan memang sudah dibuat pada 6 Julai lalu. Pihak polis sudah lakukan siasatan tambahan, panggil semula Nurul Shuhada," katanya.
Pada 13 Mac 2023, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nurul Shuhada (ketika itu) dengan menumbuk pipi kiri wanita sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak.
BH
|