Post Last Edit by anatomi_ana at 9-4-2011 14:14
Aku perempuan.sedang berkawan dgn seorang lelaki.kami bercinta.dah setahun.dia di perak.aku di kl.perhubungan jarak jauh.semuanya ok.kdg kdg gaduh,normal aku fikir.dia da 30+.aku akhir 20an.
Aku da sedia utk jadi isteri dan ibu.sungguh aku da sedia.aku ajak dia kawin.tapi dia tolak.dia kata,macamana dia nak jaga aku sdgkan dia belum sedia dan mampu.gaji aku lebih besar dari dia.dia dulunya hidup ting tong.da 30 baru tahu fikir soal masa dpn.aku sendiri pun tak tahu macamana aku jatuh cinta dgn lelaki seperti itu.sungguh aku tak tahu.
Aku jadi rungsing.aku bknlah terdesak utk kawin.aku Cuma da sedia.jadi kalo blh aku tak mahu sia-siakan masa yg ada.aku tgk iklan susu pun aku blh nangis.betapa inginnya aku jadi ibu dan punya anak.
Aku cuma impikan perkahwinan yg sederhana.aku blh bantu dia.aku blh kongsi dgn dia.aku rasa dia tak berani utk buat keputusan.kdg kdg aku rasa dia mcm tak tahu apa yg dia mahu dlm hidup dia.aku tahu dia perlu jaga mak dia yg tidak berapa sihat di kg.mereka tinggal berdua saja.aku rasa dia takut nak buat keputusan.mungkin dia takut mak dia marah,mak dia tak setuju.aku pun tak tahu.aku tak pnh ty pulak bab itu.apa yg aku pasti mak dia tak tahu kewujudan aku dlm hidup dia.sbb dia tak pnh cerita psl aku pada mak dia.
aku tak tahu apa yg perlu aku buat.aku jadi keliru dan tensi sehingga aku terpaksa kongsi masalah aku dgn post kat sini walaupun hakikatnya aku malu.aku amat harapkan pendapat korang.perlukah aku desak dia? perlukah aku reka cerita ada lelaki lain nak masuk meminang aku? Atau adakah aku perlu hentikan hubungan ni dan cari lelaki lain?. Oh sungguh aku blur sehingga aku jadi mual.
Tolong aku. |