CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20626|Reply: 0

Kemasukan tanpa visa ke Thailand untuk rakyat 93 negara mulai hari ini

[Copy link]
Post time 16-7-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode


Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand. - Foto fail REUTERS

BANGKOK: Perdana Menteri Srettha Thavisin dijadual menandatangani ketetapan rasmi untuk membenarkan kemasukan tanpa visa praperjalanan ke Thailand maksimum 60 hari kepada rakyat 93 negara dan wilayah, berkuat kuasa serta merta.

Malaysia termasuk dalam senarai 93 negara yang disenaraikan oleh Kementerian Luar Thailand, bersama Vietnam, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Sementara itu warga asing yang ingin melawat Thailand untuk melancong sambil bekerja akan dibenarkan tinggal sehingga 180 hari pada satu-satu masa, di bawah visa khas yang sah selama lima tahun.

Selain itu, pelajar asing yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau lebih tinggi di Thailand akan dibenarkan tinggal selama setahun selepas tamat pengajian mereka.

Memetik portal Thai PBS, empat ketetapan itu sebelum ini diluluskan Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul.

Satu lagi ialah kemas kini senarai negara yang tertakluk kepada prosedur khas imigresen, peningkatan daripada 19 kepada 31 negara.

Kesemua ketetapan itu bertujuan meningkatkan ketibaan warga asing, untuk meningkatkan industri pelancongan di Thailand yang dianggap sebagai pemacu utama dalam meningkatkan ekonomi Thailand, berikutan pertumbuhan eksport yang lemah dan prestasi rendah dalam sektor perniagaan lain.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, negara itu menerima lebih 14.32 juta pelancong setakat minggu akhir Mei lalu dan berhasrat untuk menarik sekurang-kurangnya 35 juta ketibaan pelancong asing pada tahun ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.113371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list