CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13972|Reply: 0

[Johor] MBJB tak abai aspek penjagaan

[Copy link]
Post time 9-7-2024 09:04 AM | Show all posts |Read mode


TAMAN permainan kanak-kanak di Taman Nong Chik kelihatan usang dengan ada peralatan permainan rosak tanpa diperbaiki. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN


Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak mengabaikan aspek penjagaan taman permainan kanak-kanak, sebaliknya 129 kemudahan itu sudah diselenggara tahun ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, kerja penyelenggaraan itu membabitkan penggantian peralatan permainan dan gimnasium outdoor serta pembaikan kemudahan lain.

"Taman permainan kanak-kanak diselenggara secara out-source melalui kontraktor penyelenggaraan tahunan dilantik.

"Kerja penyelenggaraan pembersihan dan penyelenggaraan softscape dan hardscape pula dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan keadaan taman itu sentiasa kemas dan terjaga.

"Selain peralatan permainan dan gym, kita turut mengganti tong sampah; papan tanda taman; laluan pejalan kaki; gelanggang; tiang dan jaring bola keranjang; sub soil pipe; wakaf dan lain-lain lagi," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam, mengenai keluhan ibu bapa berhubung taman permainan kanak-kanak yang dikatakan tidak diselenggara malah, ada yang sudah usang dan tidak dapat digunakan.

Menurut Mohd Noorazam, pihaknya juga melaksanakan pemeriksaan berkala ke atas semua fasiliti di taman permainan kanak-kanak bagi mengenal pasti kerosakan kemudahan awam itu dan mana-mana peralatan permainan yang perlu dibaiki.

"Kerja pembaikan bagi kerosakan kecil yang dikenal pasti seperti penggantian peralatan dan baik pulih kemudahan awam akan dilaksanakan oleh kontraktor penyelenggaraan tahunan yang dilantik.

"Sementara, pembaikan kerosakan fasiliti yang berskala besar dilaksanakan berdasarkan perancangan kerja membaik pulih dan menaik taraf mana-mana taman permainan kanak-kanak itu.

"Perancangan kerja pembaikan dibuat bagi memastikan semua kemudahan fasiliti yang disediakan dapat memberi keselesaan kepada pengunjung, selamat digunakan serta mesra pengguna," katanya.

Beliau berkata, terdapat tiga taman permainan kanak-kanak yang sedang menjalani projek naik taraf iaitu di Jalan Barli 1/1 dan Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda serta Jalan Rawa 1, Taman Perling.

Katanya, dua lagi projek naik taraf yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah di taman permainan kanak-kanak Jalan Kasa 6, Taman Sentosa dan Jalan Padi Malinja 2, Bandar Baru Uda.

"Sementara itu, sebanyak tujuh taman permainan kanak-kanak sedia ada telah dikenal pasti untuk dilaksanakan kerja naik taraf pada tahun hadapan," katanya.
Untuk rekod, terdapat 440 taman permainan kanak-kanak di kawasan taman perumahan awam dalam kawasan pentadbiran MBJB yang menyediakan kemudahan riadah dan rekreasi untuk pengunjung.

Pada masa sama, Mohd Noorazam berharap supaya orang awam dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di taman permainan kanak-kanak secara berhemah dan tidak menjadikan taman riadah dan rekreasi itu sebagai tempat melakukan aktiviti tidak sihat seperti minum minuman keras dan lain-lain.

"Orang awam diharap menanamkan sifat menyayangi dan menghargai kemudahan yang disediakan di taman permainan kanak-kanak," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.381661 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list