CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13500|Reply: 2

[Johor] Lapang dada, mahu jalani hidup baharu - Mamat Exists

[Copy link]
Post time 9-7-2024 09:00 AM | Show all posts |Read mode


Mamat (tengah) bersama peguam (kiri) Azlina selepas selesai membayar denda atas kesalahan memiliki dadah di kaunter Kompleks Mahkamah Johor Bahru. FOTO OMAR AHMAD
Johor Bahru : "Alhamdulillah, lapang dada saya selepas selesai semua masalah ini," luah Mamat selepas selesai prosiding Mahkamah membabitkan dua kes dadah selesai di Mahkamah Johor Bahru di sini, hari ini.

Vokalis Exists itu atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47, mengakui kini sudah boleh menarik nafas lega.

Katanya kini mahu memandang ke depan untuk menjalani kehidupan baharu.


"Syukur kepada Allah SWT dan keluarga yang banyak membantu dan memberi sokongan, ia memberi kesabaran buat saya ketika berada di dalam (penjara).

"Tidak lupa juga kepada peminat yang mendoakan yang terbaik untuk saya, tunggu saya untuk membuat kemunculan selepas ini.

"Tak adalah rindu sangat (kembali menyanyi), tapi kalau ada rasa kepingin, insya-Allah saya akan cuba," katanya.

Menceritakan secara ringkas pengalaman kehidupan di penjara, Mamat berkata, tempoh itu adalah pengalaman yang banyak mengajarnya untuk mensyukuri kehidupan insan yang berada di sekelilingnya.

Katanya, pengalaman di sebalik jeriji besi itu berjaya membuka matanya untuk berubah dan berazam tidak lagi mengambil dadah yang merosakkan lagi dirinya pada masa akan datang.

"Banyak pengalaman yang dipelajari ketika berada di dalam, di situ saya kenal siapa kawan, siapa lawan. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan.

"Pengajaran yang paling penting ialah untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama sebelum ini, insya-Allah," katanya yang terkenal dengan lagu Rahsia Pohon Cemara.

Terdahulu Mamat mengaku bersalah atas kesalahan memasukkan dan memiliki dadah di Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Majistret di sini.

Penyanyi bersuara lunak itu membayar denda RM5,000 bagi kedua-dua kesalahan tersebut yang dilakukan pada 2019.

Mahkamah juga memerintahkan dia menjalani pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Bentong dekat Pahang.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Hafizi Harun berkata, Mamat akan menjalani proses perubatan dan rawatan pemulihan di AADK Bentong selama dua tahun.

"Pada enam bulan pertama dia akan fokus semua aktiviti rawatan dan tiada sebarang persembahan akan dibenarkan," katanya.

Selepas enam bulan pertama kata Hafizi, pihaknya akan melihat perkembangan Mamat sebelum memutuskan untuk dibenarkan membuat persembahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2024 04:34 PM | Show all posts
byk kali dah ko punya idop baru
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2024 04:34 PM | Show all posts
byk kali dah ko punya idop baru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073544 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list