CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7950|Reply: 0

[Johor] PDG siapkan fasa pertama kampus pusat data RM7 bilion di Johor

[Copy link]
Post time 5-7-2024 07:24 AM | Show all posts |Read mode


Kampus pusat data JH1 terletak di Sedenak Tech Park (STeP) - Gambar ihsan PDG
KULAI: Princeton Digital Group (PDG), penyedia pusat data utama Asia menyiapkan fasa pertama projek kampus pusat data canggih JH1 150 megawatt (MW) bernilai AS$1.5 bilion (RM7 bilion) yang terletak di Sedenak Tech Park (STeP), Johor.

Salah satu kampus pusat data terbesar di Asia Tenggara, JH1 adalah kemudahan sedia kecerdasan buatan (AI) perdana PDG di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepada beberapa syarikat teknologi terbesar di dunia.

Disiapkan dalam hanya 12 bulan, fasa satu merangkumi 52 MW daripada kampus JH1, mengesahkan lagi strategi SG+ PDG yang membolehkan pelanggan mengembangkan infrastruktur mereka dari Singapura ke kampus pusat data berskala tinggi di Batam dan Johor.

Kampus JH1 mempunyai teknologi mampan yang canggih dan reka bentuk generasi akan datang.

Bahagian bumbung projek digunakan untuk menjana tenaga boleh baharu menerusi pemasangan panel solar.

Pada Mei lalu, PDG memperoleh pembiayaan hijau pertama RM1.276 bilion (AS$280 juta) bagi JH1, satu pencapaian besar yang menyumbang kepada meminimumkan penggunaan dan pelepasan sumber infrastruktur AI serantau itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kampus pusat data JH1 bukan hanya menverminkan pelaburan besar dalam infrastruktur negeri, malah membawa peluang besar bagi kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi.

Onn Hafiz (tujuh dari kiri) dan Tengku Zafrul (enam dari kiri) pada majlis meraikan penyiapan fasa pertama kampus data JH1 - Gambar ihsan PDG
Katanya, inisiatif ini sudah pasti akan mengukuhkan lagi kedudukan Johor sebagai hab inovasi dan menarik lebih banyak pelaburan, sekali gus menjamin masa depan yang makmur kepada negeri serta rakyat.

"Kita berbangga untuk menyaksikan penyiapan fasa pertama kampus JH1 PDG yang menjadi antara projek terpantas dilancarkan di Johor," katanya pada majlis meraikan penyiapan kampus pusat data J1 di Kulai.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata penyiapan kampus pusat data JH1 dalam masa 12 bulan selepas ia mula diumumkan mencerminkan kepantasan mudah cara pelaburan Malaysia dan pendirian MITI yang pro-industri serta pro-pelaburan.

Katanya, kedudukan Malaysia yang semakin kukuh sebagai pemimpin serantau dalam ekonomi digital Asia, terutamanya bagi pusat data mampan, terbukti daripada beberapa pengumuman pelaburan besar oleh gergasi teknologi global baru-baru ini.

"Melalui dasar kita yang jelas dan pelaksanaan yang kukuh, sebanyak RM161.97 bilion pelaburan telah diluluskan dari 2021 hingga Mac 2024, dan kami gembira untuk melihat banyak komitmen awal itu telah membuahkan hasil," katanya.

Beliau menambah, pusat data PDG itu menyokong aspirasi negara untuk memanfaatkan teknologi bagi merapatkan jurang peluang dalam bidang seperti pendidikan dan perniagaan kepada semua rakyat Malaysia, seperti digariskan dalam Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Pengerusi, Ketua Pegawai dan Pengasas Bersama PDG, Rangu Salgame, berkata pusat data membina batu asas kepada ekosistem digital, memudah cara aliran data, mengupayakan AI generatif dan memperkasakan hiperskala untuk menginovasi tahap bahatu.

"Kami sangat menghargai sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan Malaysia, dengan dasar yang proaktif telah memainkan peranan besar untuk menyokong persekitaran bagi industri ini. JH1 adalah bukti selanjutnya trekd rekod kami sebagai operator pusat data utama pan-Asia," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.217933 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list