CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 0

[Perlis] Bapa muda bersyukur dapat bebas awal sempena Aidiladha

[Copy link]
Post time 13-6-2024 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Bapa muda bersyukur dapat bebas awal sempena Aidiladha


Aizat Sharif
[email protected]



SERAMAI 15 OBB menjadi prospek dalam program Pelepasan Banduan Secara Lesen program PBSL Ihsan Madani; Kepulangan Yang Dinanti sempena sambutan Aidiadha 2024 di Pusat Koreksional Perlis, Arau. FOTO Aizar Sharif





Arau: Peluang dibebaskan lebih awal dari penjara menjelang Aidiladha menjadi detik tidak dapat dilupakan kepada seorang bapa muda selepas menjadi salah seorang daripada 15 banduan atau prospek yang dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani: Kepulangan Yang Dinanti sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 2024.

Menurutnya, menjadi orang bebas berlesen (OBB) memberi peluang kepada lelaki dikenali Din, 24 untuk bersama-sama meraikan Aidiladha bersama isteri dan anak lelakinya yang berusia setahun.

"Saya berada di sini (Pusat Koreksional Perlis) atas kesalahan dadah dan ia memberi keinsafan kepada saya.

"Apabila berpeluang menjadi OBB, saya sangat bersyukur kerana inilah peluang kedua buat saya bertemu anak dan isteri.

"Sejujurnya, saya berasa sedih dan gembira di atas peluang yang diberikan, namun saya nekad untuk menjadikan kesempatan ini sebagai satu peluang buat saya berubah demi kebahagiaan anak dan isteri saya," katanya ketika ditemui di Pusat Koreksional Perlis di sini hari ini.

Sementara itu, bagi seorang pemilik syarikat mencuci kereta dan kebun yang menyertai program PBSL, Ahmad Hafizal Husni berkata, dia melihat program itu sebagai satu cara untuk memberi peluang kepada prospek berkenaan untuk diambil bekerja dalam bidang perkhidmatan yang ditawarkan.

"Pada pendapat saya, masyarakat perlu memberi peluang kedua kepada OBB dengan memberi pekerjaan kepada mereka supaya mereka dapat berdikari sebagai peluang kedua mereka.

"Sepanjang pengalaman saya lebih dua tahun mengambil mereka bekerja, saya tidak menghadapi masalah dengan OBB yang bekerja dan ada dalam kalangan mereka juga terus bekerja dengan syarikat saya sehingga hari ini.

"Daripada majikan mengambil pekerja asing, saya rasa lebih baik mereka mengambil prospek yang dibebaskan untuk bekerja seterusnya sebagai usaha membantu mereka tidak lagi kembali semula ke penjara," katanya.



Disiarkan pada: Jun 13, 2024 @ 7:14pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.201095 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list