CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7175|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perlu lebih ramai pakar pemindahan darah

[Copy link]
Post time 9-6-2024 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak mempunyai ramai penderma darah dengan jenis darah istimewa yang dapat bantu rawat penyakit



(Dari empat kiri) Lau, Chua, Dr Nizam, Alice, Dr Teng serta yang lain memotong kek meraikan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia di Sibu hari ini.

"Dengan lebih ramai pakar pemindahan darah di Sarawak, mereka boleh menyaring dan mengenal pasti penderma darah ini serta mengoptimumkan penggunaan darah untuk merawat penyakit bukan sahaja di negara ini malah dunia.”

Dr Nizam Ishak
Timbalan Pengarah Hospital Sibu

Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Timbalan Pengarah Hospital Sibu Dr Nizam Ishak berharap lebih ramai pakar pemindahan darah dihantar berkhidmat di Sarawak.

Beliau berkata, Sarawak dengan pelbagai etnik mempunyai ramai penderma darah dengan jenis darah istimewa yang dapat membantu merawat penyakit.

"Dengan lebih ramai pakar pemindahan darah di Sarawak, mereka boleh menyaring dan mengenal pasti penderma darah ini serta mengoptimumkan penggunaan darah untuk merawat penyakit bukan sahaja di negara ini malah dunia.

"Pada masa ini, hanya terdapat lima pakar seperti itu di Sarawak di mana dua berada di Kuching dan masing-masing seorang di Sibu, Bintulu dan Miri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sambutan Hari Penderma Darah Sedunia di sini, hari ini.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau merasmikan sambutan itu yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Temenggung Dato Vincent Lau, Penolong Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sarawak Ng Pei Sze dan Pengerusi PBSM Cawangan Sibu Penghulu Chua Hiong Kee.

Dr Nizam berkata, Dr Syazwana Syirin Ibrahim yang merupakan pakar pemindahan darah Hospital Sibu mendapati banyak jenis darah istimewa daripada penderma tempatan di sini dalam ujiannya.

Katanya, golongan darah istimewa ini boleh menyembuhkan penyakit.

Sementara itu, Dr Syazwana berkata hanya terdapat segelintir darah istimewa atau jenis darah jarang berlaku di negara ini.

"Salah seorang daripadanya adalah daripada penderma lelaki Iban dari Sibu yang mempunyai darah fenotip Kidd atau lebih khusus fenotip Jk (a-b-) daripada subjenis kumpulan darah ABO.

"Di Malaysia, kita mempunyai kurang daripada dua peratus penderma bagi jenis darah yang jarang ditemui ini.

“Darahnya tidak digunakan hanya di Sarawak tetapi kita juga menghantarnya kepada pesakit dialisis di Likas, Sabah dan kanak-kanak di Pusat Darah Negara di Hospital Tunku Azizah," jelasnya.

Beliau menambah, mereka juga memerlukan jenis darah Rhesus (Rh) negatif yang boleh digunakan untuk ramai pesakit memerlukan pemindahan darah.

Mengenai Rh17 yang merupakan antara golongan darah paling jarang, beliau berkata Sibu pernah mempunyai satu atau dua penderma tetapi disebabkan gaya hidup tidak sihat, penderma tidak lagi boleh menderma darah mereka.

Rh17 ialah sejenis darah yang boleh ditemui di kalangan sebilangan kecil etnik Bidayuh di Sarawak.

"Jadi, bila-bila masa kita memerlukan darah Rh17 terutama bagi pesakit Talasemia, kita mendapatkan bantuan daripada Hospital Umum Sarawak untuk mencari penderma," jelasnya.

Dr Nizam dan Dr Syazwana menggesa penderma darah tetap untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Menurut Dr Nizam, generasi penderma kini adalah mereka yang berumur 30 tahun ke atas.

"Penderma di bawah umur 30 tahun semakin berkurangan. Kami bimbang dengan generasi penderma sekarang kerana apabila mereka mencapai umur tertentu, mereka tidak boleh lagi menderma darah.

"Kami juga bimbang Generasi Z dan Generasi Alpha sebagai penderma darah kerana gaya hidup mereka berubah, penggunaan dadah dan faktor lain menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk menderma darah.

"Sebab di Semenanjung Malaysia, masalahnya generasi muda ini bersemangat untuk menderma darah tetapi kita tidak boleh terima kerana darah mereka tercemar akibat gaya hidup tidak sihat," katanya.

Dr Syazwana memuji penderma darah tempatan atas kemurahan hati mereka.

Beliau berkata, di Sibu sahaja terdapat lebih 80 peratus penderma darah tetap berbanding 65 peratus di Semenanjung Malaysia.

"Kami masih memerlukan penderma darah generasi baharu walaupun mempunyai bilangan penderma tetap yang tinggi," jelasnya.

Terdahulu, pengerusi penganjur Dr Rachel Teng berkata Hospital Sibu mengumpul 8,671 unit darah tahun lalu melalui 'walk-in' dan kempen derma darah bergerak.
Katanya, Sibu mencatatkan 86.5 peratus penderma tetap tahun lalu manakala angka pada 2022 ialah 83.7 peratus.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053203 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list