KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di empat kawasan, termasuk satu di Sarawak, setakat 4.30 petang ini.
Menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan, terdapat satu kawasan di Sarawak berada di tahap satu iaitu berjaga-jaga iaitu Mukah manakala tiga kawasan di Semenanjung pula adalah Kuala Krai, Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, tahap berjaga-jaga tersebut boleh mencapai suhu maksimum harian 35 hingga 40 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut.
|