CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2709|Reply: 0

[Johor] Pemandu kereta diserang sawan rempuh hospital

[Copy link]
Post time 8-6-2024 11:36 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah kereta terbabas ke dalam pekarangan HPSF selepas pemandunya diserang sawan malam tadi. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Dua lelaki cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke pekarangan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik (X-ray) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, malam tadi, dipercayai akibat pemandunya diserang sawan.

Pemandu dan penumpang masing-masing berusia 30 dan 28 tahun adalah pekerja syarikat pembekalan alatan perubatan ortopedik yang mahu menghantar bekalan ke HPSF dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, kereta terbabit juga dilaporkan 'tersangkut' sejurus merempuh tiang yang turut mengakibatkan beberapa kerosakan lain di dalam bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata sebaik tiba dalam kawasan HPSF, pemandunya dipercayai diserang sawan menyebabkan hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang tembok batu di hadapan jabatan X-ray terbabit.


"Akibat kemalangan pemandu dan penumpang cedera dibawa ke bahagian kecemasan untuk menerima rawatan. Pemandunya kini tidak sedarkan diri dirawat di zon merah manakala penumpang zon kuning," katanya ketika dihubungi.

Raiz Mukhliz berkata, siasatan awal mendapati, pemandunya mempunyai sejarah diserang sawan sebelum ini.

Beliau berkata, pihak masih menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di HPSF serta mendapatkan maklumat melalui orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

"Pada masa sama, polis meminta bantuan orang awam yang mempunyai kamera papan pemuka (dashcam) agar tampil bagi membolehkan siasatan dijalankan.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Aida Ismail, 27, berkata dia nampak sebuah kereta bergerak ke lobi dan tidak mengesyaki apa-apa sehingga terdengar bunyi seperti objek jatuh disusuli jeritan.

"Beberapa orang yang berada berdekatan berlari menuju ke arah kereta itu," katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangka pemandu kereta mahu menurunkan penumpang di lobi hospital.

"Mujurlah ia berlaku bukan waktu puncak... jika tidak, mungkin kesannya lebih teruk," katanya.

Selepas kejadian itu, katanya, beberapa petugas segera menghulurkan bantuan kepada pemandu dan penumpang kereta.
https://www.bharian.com.my/berit ... wan-rempuh-hospital

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.243098 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list