CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3159|Reply: 0

[Selangor] Pesara hilang RM4 juta terjebak pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 6-6-2024 05:38 PM | Show all posts |Read mode

SHAH ALAM: Wanita warga emas kerugian lebih RM4 juta selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata wanita berusia 63 tahun yang juga pesara sebuah syarikat swasta membuat laporan berhubung pelaburan tidak wujud pada jam 12.32 tengah malam tadi.

Katanya, wanita berkenaan melaporkan melihat iklan pelaburan saham di laman Facebook pada pertengahan Mac lalu.

"Pengadu kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp dan diminta untuk membuka satu akaun pelaburan iaitu Foreign Direct Investment (FDI) Hub bertujuan untuk melabur dalam pasaran saham tempatan yang mana dia dijanjikan keuntungan sebanyak 11 hingga 13 peratus daripada nilai pelaburan yang dibuat.


"Selepas melihat peningkatan peratusan keuntungan yang diperolehi dalam pelaburan berkenaan, mangsa tertarik seterusnya membuka akaun dengan FDI Hub dan membuat 42 transaksi berjumlah keseluruhan RM 4,749,214.

"Setelah keuntungan mencapai sebanyak RM11.3 juta, pengadu mahu membuat pengeluaran wang daripada sistem terbabit namun mendapati tiada sebarang kemasukan wang ke akaun bank miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat, dan juga hendaklah dikenakan denda.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan pelaburan saham, cryptocurrency atau apa – apa jenis pelaburan yang ditawarkan atas talian melalui media sosial, yang kononnya menawarkan pulangan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat.

"Orang ramai diingatkan agar membuat pelaburan di platform yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan segera menghubungi mana-mana balai polis atau talian hotline PDRM untuk pertanyaan jika mendapati ada iklan-iklan atau tawaran pelaburan atas talian yang mencurigakan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... laburan-tidak-wujud
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054518 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list