View: 8447|Reply: 0
|
[Kelantan]
Terlantar sejak lahir kerana sawan, kepala besar
[Copy link]
|
|
Sharipah (kiri) menjaga Norazizah yang terlantar sakit di rumah mereka di Kampung Kota, Kota Bharu.
KOTA BHARU – Seorang warga emas cekal menjaga anaknya berusia 30 tahun yang menghidap penyakit sawan dan berkepala besar sejak dilahirkan meskipun dia sendiri mengalami masalah kesihatan emosi.
Sharipah Mohd. Nor, 65, anak bongsu daripada tiga beradik, Norazizah Mohd. Naim, 30, yang kini lumpuh dan hanya mampu terlantar di rumah wakaf yang menjadi tempat mereka berteduh di Kampung Kota, di sini.
Menurut Sharipah, keadaan kesihatan anaknya semakin teruk selepas Norazizah terjatuh daripada katil semasa diserang sawan kira-kira 10 tahun lalu.
“Meskipun terlantar, badannya masih boleh bergerak sebelum ini. Selepas terjatuh katil, Norazizah sudah tidak mampu bergerak dan memerlukan pemantauan yang rapi daripada saya,” katanya.
Sharipah memberitahu, rezeki untuk Norazizah sentiasa ada apabila ramai penduduk yang bersimpati menyalurkan sumbangan sama ada wang tunai atau barangan keperluan.
Menurutnya, dia ketika ini tinggal bersama anaknya selepas kematian suami kira-kira 20 tahun lalu dan dua kakak Norazizah sering datang ke rumah untuk membantu adik mereka.
“Selain bantuan penduduk, kami bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk membeli kelengkapan rumah selain lampin serta susu,” ujarnya.
Sharipah berkata, dia sentiasa berjimat-cermat kerana bimbang tiada sumber kewangan lain dapat membantunya ketika kecemasan.
Menurutnya, dia kadangkala terpaksa memberi Norazizah makan nasi jika susunya habis sebelum menunggu bantuan JKM atau pertolongan daripada anak-anak dan penduduk kampung.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi anak Sharipah di talian 014-640 3305 atau terus ke akaun Public Bank 6822532918 atas nama Che Nabiah Mohd. Naim.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... sawan-kepala-besar/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|