CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3327|Reply: 0

[Terengganu] Biar untung kecil, janji boleh jual - Penternak lembu

[Copy link]
Post time 5-6-2024 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Hafizatul bersama lembu korban yang diternak.FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI

Kuala Nerus: Menjual lembu untuk ibadah korban pada harga murah membolehkan lebih 80 ekor lembu yang diternak seorang lelaki laris sejak dua bulan lalu.

Lembu korban baka Brahman dan Kelantan Kedah (KK) itu dijual pada harga serendah RM3,200 hingga RM6,000 seekor bergantung kepada saiz.

Penternak Hafizatul Najmi Pizat, 34, berkata penawaran jualan lembu terlalu banyak menyebabkan harga haiwan ternakan itu perlu diturunkan bagi memastikannya terjual.

"Saya menjual lembu dengan harga paling rendah RM3,200 dan banyak yang terjual. Antara faktor penternak tidak berjaya menjual ternakan mereka kerana enggan menurunkan harga.

"Mereka terlalu mengejar keuntungan sehingga tidak mahu menurunkan harga lembu pada harga rendah dan akhirnya lembu tidak terjual.

"Dalam keadaan kuasa pembeli semakin terhad sekarang, saya tidak kisah memperoleh untung kecil, asalkan ternakan terjual," katanya ketika ditemui di Kampung Gomuk, Tepoh, di sini.

Katanya, dia mengakui kos makanan ternakan semakin meningkat menyebabkan ramai penternak yang tersepit.

"Oleh itu penternak tidak boleh hanya bergantung kepada dedak yang dijual di pasaran, kerana saya juga banyak beri rumput segar untuk menjimatkan kos bulanan.

"Pengurangan kos makanan lembu melalui penjimatan yang dibuat membolehkan lembu dijual pada harga murah berbanding harga pasaran," katanya.

Katanya dia yakin permintaan lembu akan meningkat menjelang seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha kerana ramai yang gemar membeli pada saat-saat akhir.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ual-penternak-lembu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21137 Replies : 9
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44197 Replies : 609
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 2749 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 14707 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.078207 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list