CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2274|Reply: 0

[Selangor] Alat mainan dewasa RM2.04 juta dalam gudang di Shah Alam dirampas

[Copy link]
Post time 5-6-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode

Norlela menunjukkan alat mainan seks yang dirampas dari gudang logistik Shah Alam, 20 Mei lalu. Foto oleh M Fridaus M Johari/ KOSMO!

PETALING JAYA – Sebanyak 11,220 alat mainan seks bernilai lebih RM2.04 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) ketika serbuan Ops Publika di sebuah gudang logistik sekitar Shah Alam, Selangor, pada 20 Mei lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun, merangkap penyelia gudang ditahan dalam serbuan dilaksanakan pukul 1 tengah hari.

“Bertindak atas risikan pegawai, pasukan operasi dari Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit I (WPKL) berjaya menyita dagangan alat mainan dewasa atau ‘sex toys’ yang disyaki tidak berkastam melalui serbuan di sebuah gudang logistik di Shah Alam, Selangor.

“Hasil pemeriksaan rapi terhadap gudang terbabit menemukan sebanyak 11,220 unit alat mainan seks yang mempunyai lebih 10 jenis dan jenama.

“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM2.04 juta dan diklasifikasikan sebagai barang Larangan Mutlak di bawah Jadual Pertama, Butiran Kelima, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” ujarnya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Diraja WPKL, di sini, hari ini.

Jelasnya, modus operandi utama yang dijalankan adalah membuat pengikraran palsu di dalam Borang Kastam 1 sebagai mainan kanak-kanak (toys) dan dagangan tersebut dibawa ke gudang logistik untuk disimpan, sebelum dijual secara pukal kepada pemborong tempatan.

“Kita masih mengesan syarikat atau ejen pengimport yang terlibat bagi tindakan selanjutnya manakala kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Setakat ini, rampasan ini adalah yang terbesar kerana membabitkan lebih RM2.04 juta berbanding kes tahun lalu yang melibatkan rampasan bernilai RM50,000,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya juga menahan seramai 16 individu lelaki berusia 30 hingga 60 tahun selepas 40 serbuan dilaksanakan di premis sekitar Lembah Klang sejak 13 hingga 24 Mei lalu, bagi kesalahan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

“Daripada 40 serbuan yang dilaksanakan, sebanyak 26 kertas siasatan telah dibuka bagi kesalahan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

“Sejumlah 3,506 liter minuman keras dan 355,100 batang rokok disita membabitkan anggaran nilai dan cukai sebanyak RM475,267,” katanya.

Menurut beliau, anggaran rampasan dan cukai bagi kedua-dua kes bernilai RM5.3 juta manakala kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... shah-alam-dirampas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 11651 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125976 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 19592 Replies : 24

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.933473 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list