CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3969|Reply: 2

[Wilayah Persekutuan] OKU dicederakan pengiring VVIP dirakam keterangan di Bukit Aman

[Copy link]
Post time 5-6-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode

Pemqandu e-hailing yang juga OKU, Ong Ing Keong ke Bukit Aman hari ini untuk dirakam keterangan. - NSTP

KUALA LUMPUR: Pemandu e-hailing yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mendakwa dicederakan seorang pengiring VVIP tiba di Bukit Aman sebentar tadi untuk dirakam keterangan.

Ong Ing Keong, 46, dilihat tiba jam 10.40 pagi dengan ditemani peguam dari pejabat Lawyer For Liberty (LFL), Latheefa Koya dan N Surendran.

Mereka kemudiannya memasuki Balai Pengawal Bukit Aman, bagi membantu siasatan selaras kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sebelum ini, yang mengarahkan semua individu dipanggil ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, bagi membantu siasatan.

Dalam kenyataan sama, Razarudin berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh berdasarkan perkembangan terkini dan memanggil semua pihak yang terbabit termasuk pegawai polis yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.


Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima laporan daripada OKU terbabit pada hari kejadian sekitar jam 1 tengah hari, 28 Mei lalu.

Dalam laporannya mangsa mendakwa diserang seorang pengiring kepada rombongan kenamaan ketika sedang menunggu pelanggan di lobi Hotel St Regis, KL Sentral, di sini.

Rusdi berkata, mangsa bagaimanapun membuat laporan kedua jam 9.59 malam hari sama dengan menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.

Namun, timbul perkara meragukan apabila mangsa mendakwa ditawarkan RM800 untuk penyelesaian kes berkenaan semasa membuat laporan kedua.

Mangsa menyatakan pegawai penyiasat kes bersama beberapa pegawai polis lain dan seorang pegawai istana mengarahkannya untuk menarik laporan polis.
https://www.bharian.com.my/berit ... angan-di-bukit-aman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 01:03 PM | Show all posts
giler drag lama betol kes ni.. dok siasat kes ni je x habis2. tu la lenkali jgn cari pasal ngan marhaen. oku plak tu.. kesian uncle ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Eik ingat lepas buat pc tu dah settle elok2 kat tepi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.033888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list