CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6423|Reply: 0

[Pulau Pinang] Meraikan penceraian adalah budaya asing - Mufti

[Copy link]
Post time 3-6-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode

WAN Salim. FOTO Arkib NSTP

Georgetown: Meraikan perceraian dengan mengadakan majlis adalah budaya asing yang dibawa masuk menerusi media sosial, kata mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Katanya, ia bertentangan dengan tradisi dan pandangan semesta masyarakat timur khususnya Islam yang melihat kepada perceraian sebagai 'tragedi keruntuhan sebuah rumahtangga' dan bukan perkembangan yang menggembirakan.

Wan Salim berkata, perlu disedari bahawa yang menanggung beban perceraian dan menjadi mangsanya adalah bekas isteri dan anak, sedangkan lelaki atau bekas suami akan memulakan kehidupan baharu.

"Manakala segala beban tanggungjawab bagi membesarkan anak dan mendidik mereka, ditinggalkan sepenuhnya kepada bekas isteri.


"Kita menghormati perasaan wanita yang menghadapi penganiayaan suami tidak bertanggungjawab dan terpaksa menempuh kehidupan berumahtangga yang getir dan terseksa seolah-olah berada di dalam neraka dunia.

"Namun kita menolak tindakan saling menuduh dan menyelar antara pasangan terbabit selepas bercerai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, tindakan sedemikian bertentangan dengan saranan agama Islam.

Katanya, ia seperti disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud 'Janganlah kamu melupai kelebihan (kebaikan) antara sesama kamu (Surah Al-Baqarah: 237).

"Ayat ini berkaitan penceraian yang berlaku sebelum menjalani kehidupan selaku pasangan suami isteri, apa lagi pasangan yang sudah hidup bersama bertahun lamanya dan sudah mempunyai anak.

"Tradisi masyarakat Islam dan timur menganggap institusi kekeluargaan sebagai benteng yang aman bagi pasangan hidup walaupun kekadang berlaku sengketa antara mereka berdua, justeru Allah SWT menjadikan perkahwinan sebagai salah satu tanda keagungan-Nya.

"Firman Allah SWT bermaksud 'dan antara tanda-tanda-Nya, Dia menjadikan kepada kamu pasangan dalam kalangan kamu sendiri (manusia) supaya kamu berasa tenteram (berada) di sampingnya dan dijadikan antara kamu (perasaan) mesra dan kasihan belas (Surah Ar-Rum: 21)," katanya lagi.

Menurut Wan Salim, Islam menghalalkan perceraian sebagai satu penyelesaian terbaik bagi kegawatan yang mustahil dapat diselesaikan dalam hubungan suami isteri, namun ia dijadikan sebagai perkara halal paling dibenci Allah SWT.

"Ia berikutan penceraian menyebabkan kemudaratan terhadap anggota keluarga terutama anak yang akan terbiar dan menjalani kehidupan gelap pada masa hadapan.

"Akhirnya kita ingin cadangkan supaya pihak berkuasa mengambil langkah menerusi penggubalan undang-undang bagi mencegah tindakan meraikan penceraian ini, semoga ia tidak membudaya di dalam masyarakat Malaysia," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -budaya-asing-mufti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.126553 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list