CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2527|Reply: 0

[Johor] Tiga premis hiburan tawar GRO diserbu Polis Johor

[Copy link]
Post time 1-6-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode

POLIS Johor menyerbu tiga premis hiburan yang dipercayai menawarkan khidmat GRO kepada pelanggan.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan seramai 129 individu menerusi tiga serbuan berasingan terhadap premis pusat hiburan yang beroperasi di Iskandar Puteri dan Muar, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, mereka yang ditahan termasuklah warga asing dan tempatan selain turut menyajikan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO).

“Operasi ini bermula 12.15 tengah malam hingga 1.30 pagi kelmarin dijalankan di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri dan Muar itu.

“Polis menahan dua lelaki tempatan, seorang wanita tempatan, 15 lelaki warga asing dan 111 wanita warga asing yang semuanya berusia antara 18 hingga 47 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumar, pihaknya turut merampas 14 keping resit, pelbagai peralatan alat muzik dan wang tunai sebanyak RM4,210.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati tiga pengunjung lelaki tempatan dan tujuh wanita warga asing positif dadah jenis ketamin, methamphetamin dan benzo.

“Manakala siasatan lanjut mendapati, dua pusat hiburan yang diserbu tidak mempunyai lesen sah dan sebuah lagi beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan,” ujarnya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98 kerana beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah dan Seksyen 11(2) ENJ 4/98 kerana melanggar mana-mana syarat atau sekatan yang telah ditetapkan.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja selain daripada warga negara atau pemegang permit masuk yang tidak memiliki suatu pas yang sah, Seksyen 15(1)(C) akta sama kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan, Seksyen 6(1)(c) juga Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan diri berada di Malaysia.

“Kita turut menyiasat mengikut peruntukan undang-undang di bawah Perkara 39(b) Peruntukan-peruntukan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan sosial serta Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan sendiri atau orang lain,” tambahnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... iserbu-polis-johor/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.214731 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list