CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4172|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Anggota tentera parah, anjing punya angkara

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:12 PM | Show all posts |Read mode

NURSHAHIRA dan suaminya, Mohamad Najit yang cedera parah akibat kemalangan sejak lebih dua bulan lalu menerima sumbangan PERKASIH N9 dirumahnya di Taman Bayu Indera, Lukut, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Gagal mengelak anjing yang melintas jalan mendadak menjadi punca seorang anggota tentera akibat kemalangan jalan raya.

Mangsa, Koperal Mohamad Nordin, 28, anggota 24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Senawang dikatakan tercampak jatuh ketika menunggang motosikal berhampiran Pekan Lukut di sini, jam 9 malam, 21 Mac lalu.

Nurshahira Abdul Karim, 28, berkata, nahas berlaku ketika suaminya dalam perjalanan mahu membeli barangan di sebuah pasar raya berhampiran di pekan Lukut di sini, selain mahu mengisi petrol motosikal untuk bertugas keesokan harinya.

"Kemalangan itu menyebabkan suami patah buku lali kaki kiri, cedera di bahagian lengan, lutut dan juga peha," katanya selepas menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumahnya di Taman Bayu Indera di sini, semalam.


Menurutnya, kaki suami perlu dibedah bagi memasukkan plat besi untuk memulihkan kembali tulang yang patah.

"Paling membuatkan saya lebih terkejut apabila dimaklumkan perlu menyediakan wang sebanyak RM5,100 untuk kos pembedahan memasang plat besi di buku kali kiri suami.

"Bagi menampung kos pembedahan, ubatan dan rawatan, saya menggunakan kesemua duit simpanan termasuk wang yang harus digunakan untuk membayar sewa rumah dan pembelian barangan dapur," ujar suri rumah terbabit.

Menurutnya, dia amat berterima kasih kepada jiran di kawasan perumahannya yang banyak membantu dan memberi pinjaman wang bagi perbelanjaan ketika suami masih di hospital.

"Saya berharap nasib menimpa suami mendapat pembelaan dan perhatian pihak Tentera Darat," ujarnya yang juga ahli persatuan atau Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) iaitu organisasi dianggotai oleh isteri semua lapisan pegawai dan anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).S
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... njing-punya-angkara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066370 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list