CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3718|Reply: 0

[Terengganu] 'Power Rangers' 2 bersaudara bantu ayah cari rezeki

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:07 PM | Show all posts |Read mode

MUHD Danial (kiri) bersama adiknya, Muhd Danish membantu bapa mereka, Mohd Amirul mencari rezeki dengan memakai kostum Power Rangers di Pasar Besar Kedai Payang. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Cuti persekolahan dimanfaatkan dua beradik untuk membantu bapa mereka mencari rezeki dengan memakai kostum Power Rangers di Pasar Besar Kedai Payang.

Kehadiran dua adiwira cilik bersama bapa mereka itu nyata mencuri tumpuan ramai pengunjung terutama kanak-kanak yang tidak melepaskan peluang bergambar.

Tanpa menghiraukan rasa panas dan penat, Muhd Danial, 10, bersama adiknya, Muhd Danish, 9, memanfaatkan cuti sekolah mereka untuk membantu bapa mereka, Mohd Amirul Alif Jofri, 33.

Menurut Muhd Danial, dia bersama adiknya memakai kostum adiwira itu dengan kerelaan hati dan tidak dipaksa bapa mereka.


"Ayah tak pernah paksa kami pakai kostum tapi kami yang mahu pakai sebab mahu bantu ayah.

"Mula-mula memang rasa malu dan rasa panas tetapi lama-kelamaan rasa seronok kerana dapat hiburkan orang yang datang.

"Duit yang kami terima itu ayah tak ambil sebaliknya akan disimpan, sekurang-kurangnya kami boleh cari duit poket sendiri," katanya ketika ditemui di PBKP di sini.

Sementara itu, Muhd Amirul Alif atau mesra dipanggil Amir berkata, dia tidak pernah memaksa dua anaknya memakai kostum bersamanya sebaliknya ia dilakukan dengan kerelaan hati mereka.

Katanya, dia hanya membenarkan dua anaknya bersamanya pada hujung minggu dan cuti persekolahan kerana tidak mahu mengganggu pembelajaran mereka.

"Pada awalnya, mereka sekadar mahu menemani saya tetapi lama-kelamaan mereka bagi tahu mahu bantu saya, jadi saya bawa mereka ke sini namun hanya pada hujung minggu dan cuti sekolah," katanya.

Menurut Amir, dia mula mengenakan kostum untuk mencari rezeki selepas diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19.

Katanya, rasa malu dan tidak selesa ketika mengenakan kostum itu dibuang ketepi demi mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

"Biasanya, saya akan berada di PBKP bermula jam 10 pagi hingga 3 petang sebelum ke Pantai Batu Buruk bermula jam 5 petang hingga 7 malam.

"Pada masa sama, saya juga mencari kerja tetap yang lain memandangkan pendapatan yang diterima tidak tetap," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tu-ayah-cari-rezeki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21137 Replies : 9
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44197 Replies : 609
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 2749 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 14707 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.496361 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list