CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9380|Reply: 0

[Kelantan] Musang King bertambah mahal tahun ini

[Copy link]
Post time 1-6-2024 09:50 AM | Show all posts |Read mode

Tina menunjukkan buah durian musang king yang masih putik gugur di kebunnya akibat cuaca panas di Taman Rusa, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Harga durian musang king dijangka melonjak apabila hasil pengeluaran durian di setiap lokasi penanaman seluruh negara didapati berkura­ngan berpunca daripada keadaan cuaca panas serta taburan hujan yang tidak menentu.

Pekebun durian musang king, Tina Chong, 45, berkata, hasil pengeluaran duriannya merosot 70 peratus berikutan cuaca panas yang melanda negara.

Katanya, perubahan cuaca menyebabkan sebahagian daripada 1,000 batang pokok durian seperti musang king dan duri hitam gugur sebelum ranum selain bunga durian juga menjadi ke­ring.

“Cuaca panas yang melanda Gua Musang dianggarkan 35 sehingga 38 darjah celcius menyebabkan hasil durian terma­suk musang king dan duri hitam yang diusahakan oleh saya dapat dijual kira-kira 30 peratus sahaja tahun ini.

“Saya jangka dapat menjual durian musang king pada harga yang agak tinggi berikutan pengeluaran buah kurang,” katanya ketika ditemui pemberita di kebun duriannya di Taman Rusa di sini semalam.

Tina memberitahu, anggaran kos penyelenggaraan di kebun duriannya seluas lebih 9 hektar adalah RM400,000 setahun termasuk kos baja dan pekerja.

Katanya, dia mendapat keuntungan hasil jualan duriannya sebanyak RM200,000 pada tahun lalu.

“Sekiranya cuaca baik, sebatang pokok durian yang ditanam boleh menghasilkan 300 hingga 400 biji durian. Pada tahun ini, jumlah itu tidak boleh dicapai bagi setiap batang pokok.

“Fenomena cuaca panas bermula sejak bulan Februari lalu sehingga kini. Dalam tempoh dua minggu lalu, saya dapati cuaca panas ekstrem sehingga menyebabkan banyak bunga dan buah durian gugur sebelum waktunya,” katanya.

Tambah Tina, dia dapat menjual musang king mengikut gred antara harga RM35 sehingga RM80 sekilogram pada tahun lalu.

“Saya jangka durian musang king gred A tahun ini melebihi RM80 sekilogram.

“Saya juga tidak dapat eksport durian musang king ke negara China dan Singapura kerana kurang buah,”
ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ah-mahal-tahun-ini/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21137 Replies : 9
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44197 Replies : 609
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 2749 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 14707 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.085716 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list