View: 9479|Reply: 1
|
Rumah kena pecah masuk... Britney Spears fobia
[Copy link]
|
|
Rumah Spears baru sahaja dirompak.
PENYANYI Britney Spears mendedahkan rumahnya telah dipecah masuk sehingga menyebabkan kesemua barang kemasnya dirompak.
Kejadian itu menyebabkan Britney, 42, berasa fobia dan tidak mahu lagi membeli barang kemas.
Tempat Spears meletakkan barang kemas kosong.
"Lihatlah, semua barang kemas saya telah dicuri. Sudah tidak ada apa-apa lagi dalam kotak ini. Semuanya sudah hilang.
"Saya tidak mau beli yang baru lagi kerana saya takut ia akan hilang lagi," katanya dalam satu hantaran video pendek di Instagram miliknya pada Isnin.
Malah kata Britney lagi, dia kini terfikir untuk membeli barangan kemas yang lebih murah dan palsu sekiranya perlu.
"Sebagai langkah berjaga-jaga (supaya tidak rugi), saya akan beli barang kemas yang murah dan palsu," ujarnya.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... -kemas-palsu-sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
sapa pun akan rasa anxious, trauma lps kena rompak. insecure dlm rmh sendiri, yg sepatutnya kita punya safe haven. aku pun penah rasa camtu when i was in my teens, sbb rmh kena pecah masuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|