CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6587|Reply: 0

Pan Gon tak panik

[Copy link]
Post time 28-5-2024 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Pan Gon memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan pertama Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan boleh dianggap bagai 'harimau tidak bergigi' apabila berdepan krisis kecederaan khususnya membabitkan pemain utama di jentera serangan bagi menghadapi baki dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan.

Selepas terpaksa mengetepikan tiga pemain iaitu Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales daripada panggilan, kelmarin skuad negara terpaksa menggugurkan Syafiq Ahmad susulan masalah kecederaan hamstring.

Malah, situasi itu turut diburukkan apabila pengendali, Kim Pan Gon mengesahkan mereka masih perlu mengenalpasti tahap kecederaan seorang lagi penyerang, Darren Lok yang turut mengalami kecederaan hamstring.

Pan Gon mengakui situasi itu memberi kesan kepada perancangannya untuk mengharungi dua aksi penting itu namun dia percaya pemain yang dipanggil memiliki kualiti tersendiri dalam misi meraih dua kemenangan dalam misi melangkah ke peringkat seterusnya.


"Ini satu situasi yang sukar kerana kita berdepan masalah di bahagian serangan. Tetapi kita masih ada pemain yang mampu menjalankan tanggungjawab, jadi kita akan mencari pemain yang sesuai dan terbaik untuk komposisi kita.

"Kita tidak akan berputus asa, terus memandang ke depan dan kekal positif untuk berjuang dengan nama Malaysia," kata Pan Gon.

Dalam masa sama, Pan Gon mengakui ketiadaan Faisal dan Arif sememangnya satu kehilangan besar namun pengendali dari Korea Selatan itu menegaskan bola sepak tidak bergantung kepada sesetengah pemain semata-mata.

"Sudah tentu kehadiran dua pemain ini akan memperkemas jentera serangan kita tetapi bola sepak adalah sukan yang berlainan. Kita tidak hanya bergantung kepada satu atau dua pemain.

"Kita bermain secara satu pasukan dan mencari jalan untuk menjadi kuat. Saya percaya pemain lain memiliki kualiti yang sama tetapi motivasi mereka lebih tinggi.

"Ini akan memberi peluang yang terbaik untuk mereka memberi cabaran dalam merebut tempat," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... 1/pan-gon-tak-panik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033647 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list