View: 6944|Reply: 0
|
[Pahang]
Tiada anak timbalan menteri, VIP terbabit masak di stesen minyak
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video tular sekumpulan individu memasak mi segera di sebuah stesen minyak.
Bentong: Polis mengesahkan tiada anak timbalan menteri atau anak orang kenamaan (VIP) terbabit terbabit aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, semakan 15 orang yang ditahan tiada membabitkan anak timbalan menteri atau anak VIP.
"Daripada 15 yang ditahan itu, empat daripada mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan jam 9 pagi esok di Mahkamah Bentong.
"Sementara yang lain dibebaskan dan dijadikan saksi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Harian Metro melaporkan seramai 15 individu yang terbabit aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak, di Genting Highlands di sini baru-baru ini ditahan polis kelmarin.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman dilaporkan berkata, tangkapan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.
Sebelum ini polis membuka satu kertas siasatan berhubung video tular memaparkan aktiviti memasak mi segera di kawasan sebuah stesen minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini.
Hasil siasatan mendapati klip video berkenaan dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.
Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-di-stesen-minyak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|