CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5104|Reply: 2

[Dunia] Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda

[Copy link]
Post time 19-5-2024 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-5-2024 04:31 PM

Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali gandaMei 19, 2024 @ 12:18am




Kementerian Kesihatan Singapura akan menghantar SMS kepada mereka yang tidak mengambil sebarang suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh 12 bulan lalu. - Foto hiasan/REUTERS



SINGAPURA: Singapura mencatatkan peningkatan hampir dua kali ganda kes mingguan COVID-19, mendorong Kementerian Kesihatan (MOH) mengambil langkah memastikan kapasiti mencukupi di hospital awam.

Anggaran kes jangkitan COVID-19 pada minggu 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, peningkatan 90 peratus berbanding 13,700 kes pada minggu sebelum itu.

Purata kemasukan ke hospital COVID-19 harian meningkat kepada 250 daripada 181 pada minggu sebelumnya, menurut MOH semalam
MOH berkata purata kes harian dalam rawatan rapi kekal rendah iaitu tiga kes berbanding dua kes pada minggu sebelumnya.

MOH menjejaki dengan teliti trajektori gelombang ini," kata kementerian itu yang dilaporkan portal berita CNA.

Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.

Ia juga menggesa orang ramai untuk tidak mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital jika gejala mereka ringan atau jika mereka bukan golongan rentan.
Strain KP.1 dan KP.2 virus COVID-19 kini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah kes di Singapura.

Kedua-dua strain itu tergolong dalam kumpulan varian COVID-19 yang digelar saintis sebagai "FLiRT". Jenis ini berasal daripada varian JN.1, yang tersebar dengan cepat ke seluruh dunia beberapa bulan lalu.

Awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan KP.2 sebagai Varian Di Bawah Pemantauan. Ia juga merupakan strain dominan di Amerika Syarikat dan dikesan di negara seperti China, Thailand, India, Australia dan United Kingdom.

"Pada masa ini tiada tanda-tanda, secara global atau tempatan, bahawa KP.1 dan KP.2 lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk daripada varian lain yang beredar," kata MOH.

MOH turut menggesa orang ramai mengikuti perkembangan vaksin COVID-19 dan akan menghantar SMS kepada mereka yang tidak mengambil sebarang suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh 12 bulan lalu, untuk mengingatkan mereka supaya membuat temujanji.

Sehingga kini, kira-kira 80 peratus penduduk tempatan melengkapkan dos awal atau tambahan tetapi tidak menerima suntikan dalam tempoh tahun lalu.

"Ini menunjukkan imuniti dalam populasi mungkin telah berkurangan," kata MOH. Walaupun hidup dengan COVID-19 sebagai penyakit endemik, kita tidak mampu mengurangkan kawalan kita."

Vaksin COVID-19 adalah percuma untuk semua penduduk yang layak.
Dari 21 Mei hingga 29 Jun, lima Pusat Ujian Bersama dan Vaksinasi akan melanjutkan waktu operasi pada Sabtu dan menjelang cuti umum dari 9 pagi hingga 7 malam.

Mereka yang mendaftar dalam inisiatif Healthier SG juga boleh mendapatkan vaksin COVID-19 mereka di kira-kira 250 klinik Healthier SG. Lebih banyak klinik akan ditambah secara progresif ke dalam senarai.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 11:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Singapore kena pakai face mask balik.
Kita sini tunggu bird flu saja la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064978 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list