View: 5540|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Rasa macam mimpi, dia keluar kerja dengan keadaan sihat'
[Copy link]
|
|
RONANI (kanan) ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang. FOTO Paya Linda Yahya
Gua Musang: "Semalam, sebelum mendiang keluar berkerja saya sempat membancuh air kopi untuknya ketika bersarapan," kata Rohani Adi, 50, ibu kepada Orang Asli, Fauzi Ramli, 27.
Fauzi adalah salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan yang membabitkan tiga lelaki Orang Asli di Kilometer (KM) 89.5, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, semalam.
Rohani yang juga Orang Asli kaum Semai masih terkejut dan tidak menyangka kejadian malang itu akan menimpa anak kedua daripada lima beradik itu.
Katanya, apabila menerima khabar kejadian yang menimpa anaknya, dia hanya mampu menangis dan seakan tidak percaya.
"Mendiang keluar rumah seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan yang pelik. Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada 8 pagi tadi (semalam).
"Dan tadi saya hanya melihat mayatnya. Rasa macam mimpi, dia keluar kerja dengan keadaan sihat dan sekarang saya melihatnya sudah tidak bernyawa," katanya dengan nada sebak ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini, semalam.
Menurut Rohani, kehilangan anaknya itu sangat memberi kesan kepada dia dan keluarganya kerana mendiang banyak membantu meringankan beban keluarga mereka.
Sementara itu, Norhayati Baseh, 42, isteri kepada pemandu lori simen, David Harun, 42, berkata, dia tidak menyangka suami akan pergi dengan sekelip mata.
"Sebelum keluar dia sempat mencium anak bongsu yang berusia sembilan tahun dan itu adalah ciuman terakhir kepada anaknya.
"Saya masih terkejut dan tidak percaya dengan kejadian ini apabila kehilangan suami sekelip mata," katanya.
Semalam, media melaporkan masalah brek dipercayai menjadi punca lori simen yang dinaiki tiga lelaki Orang Asli terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di KM 89.5, Jalan Gua Musang-Lojing di sini.
Kemalangan 10.15 pagi itu menyebabkan pemandu lori, David Harun, 42, bersama dua lagi penumpang, Zaki Osman, 23, dan Fauzi Ramli, 28, maut di lokasi kejadian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engan-keadaan-sihat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|