CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4542|Reply: 0

[Terengganu] 'Dapat lihat tulang anak sudah cukup' - Ibu

[Copy link]
Post time 15-5-2024 02:21 PM | Show all posts |Read mode

Noraini Abdul Ghani (tiga dari kanan) menerima sumbangan Faedah Pengurusan Jenazah daripada Pengarah Perkeso negeri Terengganu, Farihah Che Husin (dua kiri). FOTO Rosli Ilham

Dungun : "Hampir sembilan tahun saya menunggu kepulangannya, namun saya akur dan reda bahawa anak saya sudah tiada," kata Noraini Abdul Ghani.

Menurutnya, dia reda selepas Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 November tahu lalu mengisytiharkan bahawa anaknya, Mohd Sabrie Kamaruddin meninggal dunia.

Katanya, anaknya ketika itu yang berusia 23 tahun bersama anak angkatnya, Shahril Asmadi Yusof, 23, hilang di laut selepas bot gentian kaca yang mereka naiki karam selepas dipukul ombak dalam kejadian berlaku pada 19 Julai 2015, jam 3.30 petang.

"Setiap kali teringatkan mereka berdua, air mata saya akan gugur. Shahril yang saya bela sejak berusia dua bulan juga seperti anak saya sendiri," katanya selepas menerima sumbangan Faedah Pengurusan Jenazah RM1,500 daripada Pengarah Perkeso Terengganu Farihah Che Husin di kediaman Noraini di Jalan Kelab Tanah Lot di sini, hari ini.


Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD) Mohd Rashdan Muda yang turut menyerahkan sumbangan kepada suami Noraini, Kamarudin Ibrahim yang merupakan kakitangan MPD.

Noraini berkata, wang yang diterima daripada Perkeso itu akan digunakan untuk dibuat kenduri arwah termasuk disedekahkan kepada fakir miskin.

"Selepas ini, saya akan segera membuat upah haji dan kenduri tahlil untuk kedua-dua anak saya itu.

"Baki daripada jumlah itu akan saya gunakan untuk buat kebajikan membantu fakir miskin semoga kedua-dua arwah anak saya ditempatkan di sisi orang yang soleh," katanya.

Menurutnya, arwah Mohd Sabrie sebelum itu bekerja sebagai buruh kontrak dengan beberapa syarikat di kawasan industri minyak dan gas di Kerteh.

"Selepas tamat kontrak, dia ambil keputusan untuk menjadi nelayan dan ketika kejadian mereka berdua dalam perjalanan untuk keluar menangkap ikan.

"Kalau boleh saya nak bertemu dengan kedua-dua mereka biarpun hanya dapat melihat tulang mereka itu sudah cukup buat saya. Tapi saya perlu reda dengan ketentuan Ilahi," katanya.

Sementara itu, Farihah berkata, selain Faedah Pengurusan Mayat, Allahyarham Mohd Sabrie turut menerima tunggakan bayaran Faedah Pencen Penakat berjumlah RM34,100.72.

"Faedah Pencen Penakat itu dibayar daripada tarikh laporan kehilangannya pada 2015 hingga April 2024.

"Selepas ini, ibu Mohd Sabrie akan mendapat pencen bulanan sebanyak RM385 setiap bulan yang dijangka akan dibayar pada bulan depan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nak-sudah-cukup-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.061665 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list