View: 4810|Reply: 0
|
[Kelantan]
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
[Copy link]
|
|
Seorang jurukimpal Mohamad Ikram Irfan Samsudin, 23, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Mei lalu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Jurukimpal dihukum penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Hakim Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Ikram Irfan Samsudin, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sembilan bulan di sebuah bangunan di Jelawat, Bachok pada 8.20 malam, 4 Mei 2024.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan Akta 574 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat jika disabitkan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulbasysyar Saharrudin.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri memohon hukuman setimpal dikenakan supaya boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
Muhammad Zulbasysyar pula memohon hukuman minimum dikenakan memandangkan perbuatan itu adalah suka sama suka dan tertuduh pula perlu menyara keluarga.
Hakim kemudiannya menjatuhi hukuman penjara enam tahun dari tarikh ditangkap dan satu sebatan.
"Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada anda dan tidak mengulangi perbuatan ini pada masa akan datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tahun-satu-sebatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|