CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5547|Reply: 0

[Terengganu] 'Syukur dapat penuhi niat arwah bapa bina masjid RM6.3 juta'

[Copy link]
Post time 15-5-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: "Kami bersyukur dapat memenuhi permintaan arwah bapa yang mahu pembinaan masjid hasil sumbangan peribadinya disiapkan.

"Walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk pembinaan ditangguhkan pada 2019, kami bersyukur niat dan impian arwah dapat diteruskan," kata Baharun, 40-an, anak kepada Allahyarham Datuk Mohd Rahim Abdullah.

Baharun dari Kampung Bukit Parit, di sini berkata, bapanya mewakafkan sejumlah wang RM4.5 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) untuk pembinaan masjid baharu di Kampung Laut, di sini, pada akhir 2018.

Katanya, pembinaan masjid baharu yang mampu memuatkan 1,000 jemaah bermula pada April 2019 dan kosnya mencapai RM6.3 juta.


"Projek pembinaan masjid di atas tanah wakaf itu gagal disiapkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum disambung semula pada 2000.

"Sebelum bapa meninggal dunia pada Mac tahun lalu, arwah setiap hari akan ke tapak projek untuk melihat kerja-kerja pembinaan masjid berkenaan," katanya.

Terdahulu, Baharun menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Cadangan Meroboh Masjid Sedia ada dan Membina semula Masjid baharu di Kampung Laut, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Pengarah Kerja Raya negeri Dr Hasli Ibrahim menyerahkan dokumen penyerahan projek kepada Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Ismail.

Baharun berkata, arwah bapanya yang juga kontraktor meminta masjid yang kos keseluruhan dibiayainya, diteruskan sehingga siap.

"Dengan persetujuan kami sekeluarga termasuk ibu (Teh Abdullah, 72) kami bersetuju meneruskan amanat arwah bapa, walaupun peruntukan asal tidak mencukupi sebanyak RM1 juta," katanya yang menambah baki kos yang tidak mencukupi.

Baharun berkata, sebelum bapanya meninggal dunia, projek itu sudah siap 80 peratus dan arwah mewasiatkan kos tambahan RM1 juta.

"Walaupun arwah bapa tidak sempat menunaikan solat di masjid ini, kami bersyukur dapat memenuhi impiannya," katanya.


Baharun terharu melihat mimbar masjid Kampung Laut. FOTO BAHAROM BAKAR

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... na-masjid-rm63-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055535 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list