View: 5637|Reply: 0
|
[Kelantan]
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia
[Copy link]
|
|
ANTHONY Loke pada sidang media selepas meninjau Terminal baharu susulan projek pembesaran dan naik taraf fasa satu sudah siap di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Kementerian Pengangkutan memaklumkan bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia dengan membuat permohonan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Menterinya, Anthony Loke berkata, peraturan itu terpakai kepada semua negeri termasuk ke Kuala Lumpur, bukannya negeri sempadan semata-mata.
"Perkara ini sudah diputuskan menerusi mesyuarat baru-baru ini dan mana-mana bas dari Thailand dibenarkan masuk. Mereka hanya perlu membuat permohonan kepada APAD dan permit sementara akan dikeluarkan.
"Bagaimanapun, bas dari Thailand terbabit perlu mengemukakan maklumat tertentu termasuk pakej pelancongan yang diambil, bilangan penumpang serta lokasi penginapan.
"Yang kita sekat adalah van dari Thailand kerana dibimbangi mereka masuk ke Malaysia dan mengambil penumpang menyebabkan industri pelancongan kita terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan fasa satu projek pembesaran dan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin.
Media sebelum ini melaporkan, Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan bagi membincangkan isu sekatan kemasukan bas dari Thailand ke Kelantan.
Susulan pertemuan yang dibuat Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, Kementerian Pengangkutan memberi lampu hijau apabila membenarkan bas Thailand masuk ke Kelantan bermula bulan lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-masuk-ke-malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|