CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7401|Reply: 0

[Terengganu] 300kg ikan ditangkap hasil 'nimber', mengagau

[Copy link]
Post time 12-5-2024 01:33 PM | Show all posts |Read mode

LEBIH 300 kilogram ikan sungai berjaya ditangkap dari Pelbagai jenis ikan sungai termasuk ikan sebarau, baung, bujuk, keli dan perah selain ikan haruan dalam Program ‘Nimber’ Ikan Sungai di Lubuk Pengkalan Setar, Kampung Sungai Ikan. FOTO Ghazali Kori

Kuala Nerus: Lebih 300 kilogram ikan sungai berjaya ditangkap di Lubuk Pengkalan Setar, Kampung Sungai Ikan di sini, hari ini.

Program 'Nimber' Ikan Sungai yang dijalankan itu disertai 200 penduduk setempat.

Pelbagai jenis ikan sungai berjaya ditangkap termasuk ikan sebarau, baung dan perah selain ikan haruan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Ikan Ismail Muda berkata, program yang pertama kali diadakan seiring dengan fenomena El Nino yang berlaku di negeri itu.


"Banyak lubuk-lubuk ikan yang kekeringan kerana kemarau memberi idea kepada kami untuk menjalankan program berkenaan.

"Boleh dikatakan setiap penduduk yang menyertai program itu memperolehi lebih dua kilogram ikan seorang.

"Sangat seronok menjalankan program seperti itu kerana secara tidak langsung mengeratkan hubungan dan kerjasama di kalangan penduduk setempat," katanya.

Menurutnya, sungai yang sedia cetek kerana kemarau dikeringkan lagi melalui proses menimba menggunakan baldi selain pam penyedut air.

"Apabila air di dalam lubuk semakin cetek, proses untuk menangkap ikan lebih mudah dan cepat.

"Proses menangkap ikan menggunakan pelbagai kaedah seperti sauk dan serkap buluh.

"Paling seronok kerana ikan yang terkepung di dalam lubuk yang kering boleh ditangkap hanya menggunakan tangan melalui teknik mengagau," katanya.

Seorang penduduk, Ahmad Faizol Mohd Yusof berkata, program seperti itu jarang diadakan dan mereka tidak melepaskan memberi peluang menyertainya.

"Kanak-kanak turut menyertai program itu membuatkan program itu lebih meriah.

"Program seperti ini hanya boleh dijalankan ketika cuaca kemarau oleh itu ia sangat sesuai dianjurkan sekarang," katanya.

Menurutnya, keseronokan dan keterujaan penduduk menangkap ikan di air yang cetek sehingga tidak berasa letih meredah sungai dan lubuk sejauh 1.5 kilometer.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sil-nimber-mengagau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.108856 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list