|
Rohani setia menunggu anaknya di tebing Sungai Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL
KOTA BHARU – Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam dipercayai mengalami kemurungan sejak beberapa tahun lalu.
Mangsa, Muhamad Syafiq Razali, 28, ketika ini masih belum ditemui selepas lebih 24 jam hilang dibawa arus sungai itu.
Ibu mangsa, Rohani Mohamad, 59, berkata, anak keenam daripada lapan beradik itu sebelum ini bekerja di Johor dan pulang ke kampung halaman di Kampung Tapang di sini tiga tahun lalu selepas kakak dan abangnya meninggal dunia.
Menurutnya, Muhamad Syafiq pulang ke sini kerana mahu menjaganya yang tinggal seorang diri selepas suami meninggal dunia lapan tahun lalu diikuti dua orang lagi anak akibat Covid-19 dan kanser pada 2021.
“Sejak pulang ke kampung, sikapnya banyak berubah apabila menjadi sangat pendiam, termenung dan banyak berkurung di dalam bilik.
“Dia tidak banyak cakap dan tidak berkongsi masalah keluarga. Meskipun kelihatan murung, dia tetap bergilir-gilir dengan adiknya untuk mengambil dan menghantar saya ke tempat kerja di sebuah kedai makan di Tapang di sini hampir setiap hari,” katanya ketika ditemui pemberita di tebing Sungai Kelantan, di sini hari ini.
Rohani memberitahu, tiada perubahan kelakuan ditunjukkan Muhamad Syafiq, namun dia hanya mahu baring di sebelahnya beberapa hari sebelum kejadian.
“Apabila Abe Piq (Muhamad Syafiq) nampak saya baring di ruang tamu, dia akan baring sebelah saya. Dia juga ada cium pipi saya apabila mahu keluar pada waktu malam. Sebelum ini dia tidak pernah buat begitu.
“Dari pagi sampai tengah malam saya tunggu. Malam tadi saya buat solat hajat agar dipermudahkan urusan pencarian. Pagi ini, saya datang lagi, timbullah Abe Piq,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... i-alami-kemurungan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|