View: 4498|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Rogol anak hingga lahir 2 anak, bapa kena jel 20 tahun dan 5 sebatan
[Copy link]
|
|
TERTUDUH (dua dari kanan) dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lima sebatan di Mahkamah Sesyen selepas mengaku salah atas pertuduhan merogol anaknya. FOTO Azrul Edham.
Seremban: "Kamu sebagai bapa yang diamanahkan untuk menjaga anak tapi lakukan sebaliknya," kata Hakim Mohamad Kamil Nizam ketika membuat keputusan hukuman terhadap seorang lelaki atas pertuduhan merogol anak kandungnya sejak berusia 12 tahun sehingga melahirkan dua anak.
Tertuduh berusia 44 tahun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lima sebatan selepas membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira pertimbangan rayuan dibuat tertuduh serta faktor pemberatan dihujahkan Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya, M Kalaivaanan.
"Saya ambil maklum faktor mangsa hanya buat aduan selepas ibu bapanya ditahan atas kes lain. Semestinya mangsa berasa tidak selamat berada di rumah sendiri sepanjang tempoh tersebut.
"Saya percaya ia akan menyebabkan trauma dan meninggalkan kesan psikologi yang teruk kepada mangsa dan semestinya reputasi mangsa juga akan terjejas dengan perbuatan tertuduh," katanya Mohamad Kamil.
Tambahnya, hukuman yang dijatuhkan juga perlulah setimpal dengan kesalahan dilakukan selain untuk pengajaran bukan saja kepada tertuduh tetapi juga masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan persetubuhan dengan anaknya yang ketika kejadian berusia 18 tahun enam bulan yang mana perhubungan tertuduh dengannya tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum yang terpakai untuk berkahwin dengannya.
Kesalahan itu dilakukan pada November 2022 jam lebih kurang 6 pagi di sebuah rumah di Kampung Chuah, Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan (Akta 574).
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya dikurangkan kerana mempunyai anak-anak yang masih kecil manakala isterinya menghidap kencing manis dan sakit jantung.
Bagaimanapun, Kalaivaanan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam.
"Tertuduh adalah ayah kepada mangsa telah melakukan persetubuhan dengan merogol anaknya sehingga melahirkan anak.
"Saya menghujahkan hubungan khas pesalah dengan mangsa mewajibkan mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat dari segi pemenjaraan dan hukuman sebat untuk menghantar mesej jelas kepada masyarakat bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan seperti ini," katanya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada 1 Mei lalu memaklumkan dirinya dirogol bapa kandungnya sejak berusia 12 tahun hingga 21 April 2024.
Pada Disember 2022, mangsa mengesyaki dirinya mengandung selepas tidak datang haid dan melahirkan anak di Hospital Port Dickson pada 17 Ogos 2023.
Ibu mangsa dikatakan menyerahkan anak dilahirkan kepada orang lain tanpa pengetahuannya.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen berasingan tertuduh dan isteri berusia 45 tahun didakwa ada dalam milikan mereka dadah berbahaya disyaki jenis pil yaba (anggaran berat 32.83 gram).
Kesalahan itu dilakukan pada 28 April 2024 di sebuah rumah di Chuah, Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 A(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan
Bagaimanapun hanya tertuduh lelaki yang mengaku bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz tidak mencadangkan jaminan dan sebutan semula kes 4 Julai depan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tahun-dan-5-sebatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|