CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5233|Reply: 0

[Kelantan] 3 bulan Pasir Mas tak terima hujan, penduduk balut tuala basah ketika tidur elak panas

[Copy link]
Post time 7-5-2024 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Saidi Hussin, 52 memandikan cucunya, Mohd Aiman Mohd Irwan, 3, menggunakan air diambil dari sungai berikutan perigi kering sejak lebih dua lalu. - NSTP/ NIK ABDULLAH NIK OMAR

RANTAU PANJANG: Cuaca panas susulan El-Nino benar-benar terasa terutama bagi penduduk sekitar Pasir Mas, dekat sini dengan sudah tiga bulan kawasan itu dikatakan tidak menerima hujan.

Pasir Mas satu-satunya kawasan disenarai merekodkan cuaca panas tahap dua yang merujuk kepada gelombang haba selama lima berturut-turut sejak 2 Mei lalu, dengan suhu harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius.

Penduduk Kampung Tersang di Pasir Mas, Saidi Husin, 52, Saidi menyifatkan musim kemarau kali ini paling panjang dan teruk berbanding sebelum ini.

"Sudah tiga bulan tiada hujan, air telaga sedalam lebih 10 meter pun kering sehingga kami terpaksa mandi di sungai berdekatan.


"Semalam kami menggali untuk mendalamkan lagi telaga, namun keadaan air pula berbau... bayangkan sudah lebih dua bulan kami terpaksa mandi sungai disebabkan air dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga tiada.

"Saya tidak tahu bagaimana keadaan selepas ini sekiranya musim kemarau berpanjangan. Jika di daerah lain ada juga hujan sejak kebelakangan ini, namun di Pasir Mas tiada hujan langsung," katanya.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai, dengan ada ramalan mengatakan tahun ini paling panas selepas 1998.

Selain Kelantan, beberapa negeri seperti Perlis dan Kedah turut mengalami cuaca lebih panas berbanding Kuala Lumpur dan negeri lain.

Sementara itu, penduduk lain, Mohd Irwan Faizal, 40, berkata kemarau terburuk sehingga membabitkan lebih tiga bulan itu menyebabkan cuaca panas melampau sehingga sukar untuk tidak pada waktu malam.

"Setiap malam ketika mahu tidur, saya terpaksa basahkan tuala untuk letak di badan. Panas kali ini sehingga kulit pun rasa pedih.

"Saya dan lima anak juga terpaksa mandi di sungai kerana tiada air. Sungai pun semakin cetek kerana sudah terlalu lama kemarau," katanya.

Penduduk Kampung Serdang yang dikenali Muhamed, 50, pula berkata disebabkan musim kemarau bil elektrik di rumahnya melambung sehingga lebih RM550 sebulan.

Jika sebelum ini, katanya, purata bulanan bil elektrik adalah RM150 sehingga RM250, namun sejak dua bulan lalu berlaku kenaikan mendadak.

"Saya sedar bil elektrik meningkat disebabkan penggunaan alat pendingin hawa. Namun disebabkan cuaca terlalu panas, saya terpaksa menggunakan alat pendingin hawa sepanjang masa sekiranya berada di rumah," katanya.s
https://www.bharian.com.my/berit ... -tuala-basah-ketika

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.034049 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list