View: 6324|Reply: 0
|
[Pahang]
Air sungai 'menggelegak', ikan patin mati terapung
[Copy link]
|
|
Nizam (kanan) menambah benih ikan bagi menampung ikan yang mati. FOTO ROSELAN AB MALEK
Jerantut: Fenomena El Nino yang melanda sejak lebih sebulan lalu menyebabkan berpuluh ribu ekor anak ikan patin diternak di dalam sangkar mati mengejut.
Akibatnya ramai pengusaha ternakan ikan patin di daerah ini mengalami kerugian besar susulan cuaca panas melampau.
Keadaan ini turut mengakibatkan paras air di Sungai Pahang surut malah ada setengah lokasi menjadi kering kontang.
Salah seorang pengusaha ternakan ikan patin sangkar di Kampung Lada di sini, Bahasirzal Abu Bakar,44, berkata, lebih 2,000 ekor anak ikan patin berusia dua bulan yang diternaknya mati.
"Saya mempunyai 51 sangkar ikan tetapi hanya mengisi sembilan sangkar sahaja digunakan untuk menternak ikan patin.
"Setiap sangkar diisi kira kira 1,000 hingga ke 1,500 anak ikan patin. Namun tidak semua anak ikan patin ini dapat bertahan dengan cuaca panas ini.
"Biasanya ikan patin ini perlu diternak selama lebih 4 bulan sebelum dapat di pasarkan," katanya.
Dia berkata, selain cuaca panas, ramai penternak ikan sangkar turut berdepan masalah kenaikan harga makanan ikan yang mencecah RM83 seguni.
Menurutnya, harga makanan ikan yang mahal menyebabkan pengusaha ikan sangkar mengalami kerugian besar apabila ikan diternak mati dalam jumlah besar.
Seorang penternak ikan sangkar di Kampung Rumpun Makmur, Nizam Mohd Tapar, 40, mengakui cuaca panas ketika ini menyebabkan hasil ternakan semakin merosot.
Katanya, banyak anak ikan patin diternak mati dipercayai akibat kekurangan oksigen selain air sungai menjadi panas akibat kemarau melampau.
Dia menjangkakan bekalan ikan patin ke pasaran akan terjejas dalam beberapa bulan akan datang susulan kejadian yang berlaku ini.
"Cuaca panas ketika turut menyebabkan pembesaran ikan patin diternak terbantut.
"Ikan patin berusia enam bulan sepatutnya mampu mencapai berat 1.2 kilogram.
Namun cuaca panas menyebabkan beratnya hanya sekitar 800 gram sahaja," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... patin-mati-terapung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|