View: 1940|Reply: 8
|
[Dunia]
Aidil sampai Mekah lepas hampir 2 bulan tunggang motosikal
[Copy link]
|
|
Gambar memaparkan seorang remaja selamat sampai di Mekah hanya dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 110.
PETALING JAYA – Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Aimpro Samudra, pemuda bernama Muhammad Aidil Nursulhi, 19 tahun itu selamat sampai di Tanah Suci dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss 110.
Menurutnya, ekspedisi itu mengambil masa dua bulan dan Aidil telah memulakan perjalanannya dari Melaka pada 21 Mac 2024 lalu.
Difahamkan, banyak halangan yang perlu ditempuhi olehnya ketika dalam pengembaraan, namun dia tekad untuk meneruskan destinasinya ke Mekah.
Terdahulu, Aidil pernah mengelilingi dunia bersama bapanya, Aimpro Samudra dengan menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan kejayaannya kini sangat membanggakan bapanya.
“Alhamdulillah, abah sendiri pun belum sampai. Syukur, ini semua dengan keizinan daripada Allah dan berkat doa semua,” ujar bapanya.
Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa kagum di atas kesungguhan remaja itu.
“Alhamdulillah, tahniah Aidil. Moga Allah rahmati setiap niat dan usaha,” komen Azli.
“Alhamdulillah, tahniah sampai ke Tanah Suci. Perjalanan yang amat jauh dengan pelbagai cabaran akhirnya Allah memakbulkan hajat dan niat sampai ke sini,” komen Azman.
“Berkat doa ibu bapa, Alhamdulillah tahniah. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” komen Wahid. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah anak sapa ni...beraninya ko nak...dan tabahnya hati mak ayah ko benarkan ko pi sorang2 ke cane ni..aku x baca semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ahriman at 5-5-2024 12:41 PM
Tahniah dik.bagus la daripada merempit buat bising tk tentu pasal.
Bengapnya,Iols terbayang tawaf dan saie naik moto
Sorry off topik. |
|
|
|
|
|
|
|
So dia lalu route mana eh |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada group yg naik kapcai pegi mekah/madinah kan. termasuk ada sorang indian tu.. tapi indian tu tak boleh masuk area tanah haram |
|
|
|
|
|
|
|
kira he's not the only one |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kira hebat la eh...anak i umur 19 motor pun i tak bagi bawak...i rela bagi kereta utk dia pergi Uni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pergi dengan siapa?
Kenapa nama bapa dia Aimpro Samudra?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|