CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2693|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bapa noda anak hingga hamil dua kali

[Copy link]
Post time 5-5-2024 10:16 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PORT DICKSON – Seorang bapa tergamak merogol anak perempuan sendiri sejak mangsa berusia 12 tahun sehingga melahirkan dua anak.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, perbuatan terkutuk suspek berusia 40-an itu hanya terbongkar selepas lapan tahun apabila mangsa seorang wanita yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis lebih kurang pukul 11.11 malam pada 1 Mei lalu.

“Mangsa memaklumkan dirogol oleh bapa kandungnya. Kejadian ini pernah diceritakan kepada ibu mangsa, namun tidak diendahkan walaupun dia melahirkan dua orang anak.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 ketika mangsa berusia 12 tahun sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kesemua kejadian rogol itu berlaku di dalam bilik rumah mereka di Port Dickson.

Menurut Aidi Sham, difahamkan hasil perbuatan sumbang mahram itu mangsa melahirkan dua anak yang mana seorang meninggal dunia ketika dilahirkan dan seorang lagi kini berusia tiga tahun.

“Susulan laporan polis tersebut, tangkapan dibuat ke atas suspek lelaki dan isterinya yang berusia 40-an di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson lebih kurang pukul 11.40 pagi kelmarin (3 Mei 2024).

“Suspek lelaki yang merupakan bapa kandung mangsa mengambil upah kerja kampung dan suspek wanita itu adalah ibu mangsa,” katanya.

Jelas beliau, hasil semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan kes dadah.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Seremban dan ditahan reman selama lima hari bermula semalam hingga 8 Mei depan. Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... gga-hamil-dua-kali/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.943312 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list