View: 6392|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Orang mohon maaf bukti dia kesal dengan kesilapan
[Copy link]
|
|
Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Georgetown: Allah SWT dan Rasulullah SAW sentiasa menggalakkan umat Islam untuk memaafkan kesalahan saudaranya, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
Menurutnya, sifat pemaaf adalah sifat orang soleh yang baik serta dijanjikan syurga seluas langit dan bumi (surah Ali Imran ayat 134).
"Kalau orang sudah mohon kemaafan kepada kita maka maafkanlah dengan ikhlas, tak payahlah (tidak perlu) kenakan syarat ini dan itu.
"Orang mohon maaf menunjukkan dia sudah insaf dan mengaku kesal terhadap kelakuannya, justeru wajarlah kita maafkannya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Wan Salim berkata demikian mengulas video tular memaparkan penyanyi rap Caprice atau Ariz Ramli bersama isteri bertemu lelaki yang didakwa menghina wajah anak pasangan itu di media sosial.
Menerusi video itu, individu berkenaan diarah oleh isteri Caprice supaya melutut untuk memohon maaf kepada anak mereka berusia dua bulan berikutan kesalahannya.
Menurut Wan Salim, seseorang Muslim diingatkan tidak melakukan kesalahan terhadap orang lain sama ada secara sedar atau tidak disengajakan.
"Apabila kita melakukan kesalahan terhadap seseorang, tentulah kita ingin kesalahan itu dimaafkan supaya tidak dituntut di akhirat kelak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... al-dengan-kesilapan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|