CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 0

[Pulau Pinang] Permohonan Guan Eng, isteri batal tuduhan rasuah ditolak mahkamah

[Copy link]
Post time 3-5-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Permohonan Guan Eng, isteri batal tuduhan rasuah ditolak mahkamah


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 3, 2024 @ 10:35am bhnews@bh.com.my




Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng




GEORGETOW: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama isterinya, Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, untuk membatalkan pertuduhan rasuah dihadapi mereka membabitkan projek asrama bernilai RM11.6 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rofiah Mohamad, berkata berikutan itu perbicaraan kes tersebut akan diteruskan memandangkan ada perbezaan ketara dalam kesalahan yang didakwa berlaku melibatkan individu berbeza.

"Dalam penelitian mahkamah, walaupun setelah 25 saksi telah dipanggil, namun tiada sebarang dapatan oleh mahkamah berdasarkan keterangan saksi tersebut atau terdapat fakta terbukti melalui perbicaraan tersebut.

"Pada masa yang sama, kalau pun dikatakan budi bicara sebagai tidak mutlak bagi mencabar keputusan dibuat oleh AG (Peguam Negara) harus dibuat melalui penilaian semula kehakiman bukan permohonan di sini," katanya di sini, hari ini.

Beliau menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh pengurusan kes.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.093596 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list